Mungkin ramai yang sedang ‘memasang impian’ untuk memiliki kereta elektrik (EV) nasional yang pertama, iaitu Proton e.Mas 7 kan? Mana tidaknya, tempahan model ini semakin lama semakin meningkat.
Ramai dalam kalangan pembeli yang ditemui terpesona dengan kecantikan reka bentuk luaran dan dalamannya, selain teknologinya yang canggih dan juga praktikalitinya.
Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki e.Mas 7, ada baiknya kita tahu terlebih dahulu berapakah kos penuh pemilikan model ini untuk sebulan.
Kiraan ini telah dibuat oleh pemilik akaun Facebook bernama Norizwan Azlan dan menurutnya, kiraan di bawah adalah anggaran sahaja. Kiraan ini juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk bakal pembeli nanti.
Berikut adalah kiraannya:
1. Harga Kereta (Kita ambik varian paling mahal terus)
Varian Premium: RM123,800
2. Ansuran Bulanan
Andaikan anda membayar deposit sebanyak 10 peratus dan mengambil pinjaman selama 9 tahun dengan kadar faedah 3 peratus.
Pinjaman = RM123,800 – RM12,380 (deposit 10 peratus)
Jumlah pinjaman = RM111,420
Bayaran bulanan (9 tahun, 3 peratus) ≈ RM1,180/bulan
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
3. Kos Elektrik (Pengecasan)
Proton e.MAS 7 Premium dilengkapi bateri 70.1 kWj dengan jarak perjalanan sekitar 450km untuk sekali cas penuh. Jom kira kos elektrik kalau bergerak sejauh 1,500km sebulan.
1,500km / 450km = 3.33 kali cas penuh sebulan
1 cas penuh = 70.1 kWj
Jumlah penggunaan tenaga = 3.33 × 70.1 kWj = 233.4 kWj
Kos Elektrik (Cas di rumah – Tarif TNB)
Tarif elektrik rumah anggaran RM0.57/kWj
233.4 kWj × RM0.57 = RM133.04/sebulan
Kos Elektrik (Guna pengecasan pantas awam DC – kos lebih mahal)
Anggaran RM1.20/kWj
233.4 kWj × RM1.20 = RM280/sebulan
Jadi, kalau anda cas di rumah, kos sekitar RM130 sebulan. Kalau selalu guna pengecasan pantas DC, boleh cecah RM280 atau lebih!
4. Kos Penyelenggaraan termasuk komponen yang haus dan lusuh (wear and tear)
EV tidak mempunyai banyak komponen bergerak seperti enjin petrol, jadi kos servis adalah lebih rendah, tetapi masih ada komponen yang haus dan lusuh.
Jaminan bateri dan motor: 8 tahun / 160,000 km
Kos servis tahunan: RM250 atau lebih kurang RM21 sebulan (info dari PRO-NET)
Tayar: RM800 seunit, tetapi kebiasaannya tayar akann ditukar dalam tempoh 2-3 tahun sekali. Jadi, kos bulanan dalam RM90.
Brek pad: RM500 – RM800 sepasang (EV guna regenerative braking, bermakna ia tahan lebih lama). Jadi, kos bulanan lebih kurang RM70 (dikira mengikut kos paling mahal).
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
5. Insurans dan Cukai Jalan
Insurans: RM2,000 hingga RM2,500 setahun (mengikut NCD dan liputan)
Cukai Jalan: PERCUMA untuk EV buat masa ini!
Jumlah Kos Bulanan (Anggaran)
- Ansuran: RM1,180
- Pengecasan (Rumah): RM130
- Penyelenggaraan (bulanan): RM181
- Insurans (bulanan): RM210
Jumlah Kos Bulanan (Anggaran kasar) = RM1,701.00
Amacam, mampu ke tidak? Kalau dah berkenan sangat dan ada kemampuan, dipersilakan. Kalau masih belum mampu, kena lah usaha untuk tambahkan pendapatan dahulu.
Kalau mengikut formula dari pakar ekonomi, kos bulanan kereta tidak boleh melebihi 30 peratus daripada gaji bulanan atau ada juga yang berkata anda hanya boleh membeli kereta yang nilainya sama dengan jumlah gaji tahunan anda.
Kesimpulannya, “tepuk dada, tengok poket”. Jangan jadi “biar papa, asal bergaya”. Yang menanggung kelak, anda juga nanti. Semoga artikel ini memberi manfaat.
Sumber rujukan: Norizwan Azlan
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI