Honda Malaysia hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model terlarisnya, City dan juga model andalan Accord untuk para pelanggannya.
Kedua-dua model ditawarkan dengan warna Meteoroid Gray Metallic yang menggantikan warna sedia ada iaitu, Modern Steel Metallic.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
Model City turut ditawarkan dengan satu lagi pilihan warna baharu yang lebih segar dan ranggi iaitu Ignite Red Metallic yang akan menggantikan Passion Red Pearl.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic buat pertama kalinya ditawarkan pada model City Hatchback.
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
Tambah beliau, kedua-dua warna ini mendapat sambutan yang baik di pasaran dan pihaknya turut memperkenalkan pilihan warna ini kepada model Civic baharu.
Bagi memeriahkan lagi pasaran, Honda Malaysia kini menawarkan pilihan warna tersebut untuk model City dan Accord. Pengenalan warna baharu ini berjaya meningkatkan lagi gaya City dan menjadikan penampilan Accord lebih segak.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
KOMEN TERKINI