Yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba! Honda Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan model terlaris dalam segmen-C, Civic Generasi ke-11 serba baharu ke pasaran.
Tiga varian ditawarkan iaitu E, V dan RS dengan lima pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Crystal Black Pearl termasuk dua warna baharu, Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic.
Berikut adalah harga yang ditawarkan mengikut varian:
- Varian E – RM125,634.64
- Varian V – RM138,043.36
- Varian RS – RM144,350.09
Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan untuk model serba baharu Civic ini. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Puan Madoka Chujo, model ini adalah terjemahan unsur-unsur klasik disamping menitikberatkan nilai-nilai Honda yang berterusan.
Tambahnya, dengan ciri-ciri dan teknologi terkini, ia masih mengekalkan DNA model Civic dari segi reka bentuk, pengendalian dan prestasi berkuasa. Buat julung kalinya Honda Malaysia memperkenalkan varian RS untuk barisan model Civic.
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
Antara ciri-ciri luaran esklusif varian RS adalah seperti kemasan hitam berkilat pada pintu dengan cermin sisi dicat hitam, antena “Sirip Jerung”, pemegang luar pintu dan spoiler pada penutup but. Selain itu ia turut dilengkapi dengan ekzos berkembar kemasan krom dan roda aloi kemasan hitam kusam 18-inci.
Civic serba baharu ini juga dilengkapi dengan lampu utama LED reka bentuk baharu bersama lampu siang LED (DRL) sementara kombinasi lampu belakang LED dengan reka bentuk yang mencerminkan DNA Civic. Buat pertama kalinya juga, Honda menggunakan teknologi Laser Brazing bagi menampakkan garisan bumbung yang lebih kemas.
Model ini dijana oleh enjin 1.5L i-VTEC Turbocharged yang dipertingkatkan, standard untuk semua varian. Enin ini mampu menghasilkan 182PS dan 240Nm daya kilas, lebih berkuasa dari enjin 2.4L. Ia juga mempunyai mod pemanduan baharu: ECON, Normal dan Sport yang boleh dipilih menggunakan suis Drive Mode.
Kali ini para pereka Honda telah mempertingkatkan ruang dalaman Civic dengan fokus utama untuk memberikan penglihatan visual yang jelas melalui ruang cermin yang lebih luas. Antara tarikan utama ialah penggunaan panel berbentuk ‘jejaring sarang lebah’ yang memberikan rasa premium pada papan pemukanya.
Varian RS dilengkapi dengan tempat duduk kombinasi kulit dengan jahitan benang merah berserta stereng kulit dengan jahitan benang merah, lapisan siling hitam, injak sport dan pencahayaan ruang kaki. Varian RS dan V turut dilengkapi dengan unit infohibur berukuran 9-inci yang serasi dengan Apple CarPlay™ serta Android Auto™ dan dua slot USB di bahagian hadapan.
Antara ciri-ciri standard untuk semua varian ialah paparan kluster meter (TFT) interaktif berukuran 7-inci, dua slot USB untuk tempat duduk belakang, dan pengelap cermin pintar yang pertama kali diperkenalkan untuk model kereta keluaran Honda Malaysia.
Kerangka Civic serba baharu adalah lebih kukuh berbanding model sebelumnya, dengan peningkatan sebanyak 8 peratus dari pengukuhan kilasan dan 13 peratus lebih baik dalam pengukuhan liuk. Selain itu, untuk Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH) juga telah dipertingkatkan, dengan pemasangan penebat, penebat alas lantai dan semburan busa di bahagian kerangka.
Civic serba baharu dilengkapi dengan Honda SENSING yang dipertingkatkan dengan ciri baharu – Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas. Berikut adalah senarai fungsi-fungsi Honda SENSING diperbaharui pada Civic serba baharu:
- Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas – Baharu
- Kawalan Pemanduan Adaptif
- Sistem Mengekori Kenderaan Halaju Rendah
- Sistem Brek Cegah Pelanggaran
- Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan
- Sistem Bantuan Kekal Lorong
- Sistem Cegah Terbabas
- Amaran Keluar Lorong
- Suluhan Lampu Tinggi Automatik
Ciri-ciri keselamatan yang lain pada Civic serba baharu ini termasuk Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, Amaran Berhenti Kecemasan, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik dan Brek Pegun Automatik.
Dua ciri keselamatan terbaharu pada model ini pula ialah Amaran Tali Pinggang Keledar pada tempat duduk belakang dan Pemantau Tahap Tumpuan Pemandu. Manakala ciri termaju seperti Kunci Automatik Ketika Beredar dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh adalah ciri standard untuk semua varian.
Civic serba baharu juga adalah model ketiga Honda Malaysia yang menampilkan teknologi inovatif terbaru Honda CONNECT. Fungsi utama Teknologi Telematik pada Honda CONNECT termasuklah Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Pemantauan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
KOMEN TERKINI