ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia acah video kedua City Hatchback, bakal ada varian RS e:HEV

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia sekali lagi mengusik jiwa para peminat jenama “H” itu dengan video acah kedua City Hatchback yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di laman Facebook/Meta rasminya.

Jika sebelum ini, visual bahagian belakang diacah dalam video pertama, video yang kedua pula memaparkan rekaan bahagian depan. Dari segi reka bentuk, rupa City Hatchback dengan versi sedannya tidaklah jauh berbeza.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Untuk varian RS e:HEV, ia dilengkapi dengan lampu depan dan kabus jenis LED, kemasan jeriji berbentuk sarang lebah, kemasan palang atas jeriji warna hitam berkilat serta lencana RS.

Di pasaran Thailand, City Hatchback ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dengan varian paling asas iaitu S+, diikuti SV dan yang tertinggi RS.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Ia dikuasakan oleh enjin 1.0 liter (998 cc) tiga-silinder VTEC Turbo yang mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm, dengan daya kilas maksima 173 Nm dari 2,000 hingga 4,500 rpm yang digandingkan dengan transmisi CVT.

City Hatchback turut ditawarkan dengan pilihan warna baharu yang dinamakan Ignite Red Metallic. Jika diperhatikan pada video terbaharu, ada sedikit kelainan pada tona warna merahnya jika dibandingkan dengan warna merah yang ditawarkan untuk versi sedan, iaitu Passion Red Pearl.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply