ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sah City Hatchback akan ganti Jazz! Akan tiba tak lama lagi

Views

Akhirnya segala teka-teki mengenai foto unit pengeluaran Honda Jazz terakhir di Malaysia baru-baru ini terjawab kerana sebentar tadi laman Facebook rasmi Honda Malaysia baharu sahaja menyiarkan video acah model penggantinya, iaitu City Hatchback.

Ya, City Hatchback akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi. Model yang membuat pengenalan sulung global di Thailand pada November tahun lalu sememangnya telah dijangka akan tiba di negara kita pada tahun ini.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Sejak awal, kami dapat menghidu kehadiran model ini setelah nama City Hatchback yang telah didaftarkan di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada tahun 2019.

Di Thailand, City Hatchback ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dengan varian paling asas iaitu S+, diikuti SV dan yang tertinggi RS.

Ia dikuasakan oleh enjin 1.0 liter (998 cc) tiga-silinder VTEC Turbo yang mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm, dengan daya kilas maksima 173 Nm dari 2,000 hingga 4,500 rpm yang digandingkan dengan transmisi CVT.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Dari segi keselamatan, varian paling asasnya dilengkapi dengan empat beg udara, bantuan kestabilan kenderaan (VSA), bantuan mula mendaki (HSA), sistem brek ABS dan EBD serta ISOFIX.

Model ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri terkini seperti sistem infohiburan yang menyokong Apple Car Play/Android Auto, Honda CONNECT serta kamera undur pandangan pelbagai sudut.

City Hatchback ditawarkan dengan enam pilihan warna iaitu Ignite Red MetallicPlatinum White PearlCrystal Black PearlSonic Grey PearlTaffeta White dan warna baharu Meteor Grey Metallic.

Nantikan kemunculan model yang akan dipasang secara tempatan (CKD) di Melaka ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply