ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda papar di sebalik tabir ujian Civic Type R generasi baharu di Litar Suzuka

Berita Global

Views

Di kala pengedar Honda di negara kita baharu sahaja mula membuka tempahan Civic generasi baharu, gergasi automotif dari Jepun ini sedang giat menguji versi baharu Civic Type R di Litar Suzuka.

Meskipun tiada informasi lanjut diberikan, hanya foto-foto di sebalik tabir telah dikongsikan buat tatapan para peminat model tersebut. Unit ujian Civic Type R itu masih lagi sarat dengan pelitup celoreng berwarna merah yang dihiasi grafik kombinasi abjad R dan lakaran garisan model Type R generasi terdahulu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Dalam salah satu foto, kelihatan model semasa Civic Type R berwarna biru dan kita boleh melihat perbezaan antara kedua-duanya. Dari belakang, Civic Type R generasi baharu masih mengekalkan corong ekzos kembar tiga yang berada di tengah-tengah bahagian bawah bampar.

Difahamkan model ini kukuh, panjang dan lebar berbanding model sebelumnya yang secara teknikalnya mampu mempertingkatkan dinamik pemanduannya. Model ini dijangka mengekalkan enjin 2.0-liter empat-silinder yang menjana 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas pada model generasi ke-10.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Bercakap mengenai Litar Suzuka, ia merupakan salah satu daripada litar lumba utama yang menganjurkan Grand Prix Jepun. Litar ini dimiliki oleh Mobilityland Corporation, yang merupakan anak syarikat Honda dan pada asalnya ia direka bentuk sebagai litar ujian untuk jenama berkenaan.

Litar sepanjang 5.8 km itu memiliki 18 selekoh dan ia merupakan satu-satunya litar FIA Gred 1 yang mempunyai lapan susun atur, selain daripada trek ujian Fiorano Ferrari. Honda Civic Type R generasi baharu bakal dilancarkan pada 2022 dan segala butiran lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply