ARKIB

KATEGORI

Buletin

Minyak enjin tulen, baucar servis PETRONAS AutoExpert kini boleh didapati di Shopee dan Lazada

Berita Tempatan

Views

Pengedar minyak enjin PETRONAS Syntium dan Sprinta, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn. Bhd (PLMMSB) kini mengembangkan lagi rangkaian pemasarannya menerusi platform e-dagang.

Sejak pertengahan tahun lalu, minyak enjin tersebut telah mula dijual di platform Shopee menerusi PETRONAS Official Store.

Di Shopee, para pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk premium mengikut jenis kenderaan dan kelikatan, termasuk produk sintetik penuh, separa (semi) sintetik atau mineral.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB Hardeep Singh, menerusi platform e-dagang, para pelanggan kini boleh mendapatkan pelbagai minyak enjin PETRONAS dengan lebih mudah, cepat dan diyakini.

Selain itu, baucar servis kereta PETRONAS AutoExpert juga diperkenalkan di platform e-dagang Lazada, mulai 12 Disember 2021. Segala transaksi termasuk urusan janji temu dilakukan secara dalam talian dan melalui platform rasmi PETRONAS Official Store.

Dengan harga yang berpatutan, para pelanggan juga bakal menerima hadiah eksklusif seperti beg tahan sejuk, beg pinggang, payung dan pelekat bagi setiap pembelian produk PETRONAS Syntium dan PETRONAS Sprinta serta khidmat servis di PETRONAS AutoExpert.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan barangan rasmi PETRONAS, termasuk T-Shirt pasukan PSRT MotoGP dan AMG Mercedes F1, jaket, topi, dan beg sandang, semua ini boleh didapati menerusi kedai rasmi PETRONAS Official Store.

Untuk pembelian dalam talian, sila layari :-

Kedai E-Dagang PETRONAS Lubricants (Shopee)

dan Kedai E-Dagang PETRONAS Official Store (Lazada)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply