ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda perkenal warna baharu Platinum White Pearl pada model Civic dan BR-V facelift

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu Platinum White Pearl pada model Civic dan BR-V facelift bagi menggantikan warna White Orchid Pearl. Warna ini buat pertama kalinya diperkenalkan Honda Malaysia pada model Odyssey dan Accord generasi kesepuluh.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama, warna White Orchid Pearl sangat popular di kalangan pelanggan mereka, dengan menyumbang sebanyak 38 peratus dan 25 peratus jumlah jualan untuk model Odyssey dan Accord.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Tambah beliau, semasa mereka memperkenalkan warna Platinum White Pearl pada model Accord, mereka melihat penerimaan pasaran yang baik dengan 33 peratus jualan model tersebut. Civic dengan warna baharu ini sudah mula ditawarkan, manakala model BR-V dijangka boleh didapati pada 2020.

Surcaj bagi warna ini pada kedua-dua model tersebut adalah RM 272.73. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 101 cawangan pengedar Honda seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply