ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

Info

Views

Jika anda terkesima dengan kemunculan awal model X50 dalam video iklan Hari Merdeka Proton, 31 Ogos lalu, ia sebenarnya memberi petanda besar bahawa model tersebut bakal diperkenalkan dalam masa terdekat. Menerusi maklumat risikan terbaharu oleh Mat Bond, pra-pelancaran (soft launch) model SUV segmen-B yang paling dinanti-nantikan itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini.

Buat masa ini tarikh sebenar masih lagi dirahsiakan dan majlis tersebut dijangka dihadiri oleh seorang tetamu kenamaan dan akan dilangsungkan di Tanjung Malim. Besar kemungkinan pada hari tersebut Proton akan mula membuka tempahan untuk model X50 dan jika bernasib baik, kita akan dapat menyaksikan sesi pratontonnya.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Dalam artikel terdahulu, kami ada memberi sedikit maklumat awal mengenai model ‘edisi khas’ untuk Persona dan Iriz dan ia mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Menurut Mat Bond, Proton kini sedang mempersiapkan empat (4) lagi model ‘edisi khas’.

Setelah kesemua 1,100 unit Saga Anniversary Edition habis dijual hanya dalam tempoh lima hari sahaja, Proton bakal memperkenalkan model Persona dan Exora ‘Black Edition‘ serta Iriz dan X70 ‘SE‘ tidak lama lagi. Apa yang pasti kesemua model ‘edisi khas’ ini akan memakai seragam hitam, sama seperti Saga Anniversary Edition.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Yang membezakannya adalah Persona dan Exora ‘Black Edition‘ akan dihiasi dengan calitan warna emas di beberapa bahagian tertentu, manakala Iriz dan X70 ‘SE‘ pula akan menggunakan calitan warna kuning sama seperti Saga Anniversary Edition. Kami difahamkan Persona ‘Black Edition’ dan Iriz ‘SE’ akan mendapat rekaan rim baharu dan kit badan (mungkin aksesori pilihan).

Bagi model Exora ‘Black Edition’ dan Iriz ‘SE’ ia juga menggunakan skema warna yang sama seperti Persona ‘Black Edition’ dan X70 ‘SE’. Buat masa ini kami masih belum mendapat maklumat mengenai tarikh pengenalan keempat-empat model ‘edisi khas’ tersebut.

Kami akan cuba mendapatkan lebih maklumat daripada Mat Bond dalam masa terdekat, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran digital Iriz SE dari Theophilus Chin 

Gambaran digital Proton X50 dari Theophilus Chin 

Tangkap layar (screenshot) iklan acah Proton X50

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply