ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Gambaran Artis

Views

Kapcai pertama negara Modenas Kriss telah diperkenalkan pada tahun 1996 dan mengalami beberapa perubahan kosmetik sehingga kini. Kali terakhir pengeluar motosikal nasional itu memberi nafas baharu kepada model tersebut adalah pada tahun lalu.

Sempena tahun 2020. otai reka bentuk Saharudin Busri (Wak) telah mengilhamkan cadangan rekaan baharu bagi jentera dua roda tersebut yang dinamakan Modenas Kriss Concept. Meskipun ia cuma dalam bentuk imej janaan 3 dimensi (3D), namun hasil rekaan beliau sememangnya cukup realistik!

Menurutnya, idea reka bentuk Modenas Kriss Concept ini datangnya dari huruf ‘K’. Ia tiada kaitan dengan negeri Kedah mahupun suami kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Sebenarnya, ‘K’ itu diambil dari pangkal ejaan Kriss yang bermula dengan abjad tersebut.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Anda akan dapat melihat banyak unsur yang diinspirasikan dari huruf ‘K’ pada rekaan model 3D tersebut, paling ketara pada bahagian tengah badannya. Reka bentuk keseluruhan Modenas Kriss Concept ini sangat moden dan futuristik, sesuai dengan evolusi kapcai yang menjadi kegilaan masa kini seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150.

Meskipun Modenas Kriss hanya dijana dengan enjin empat lejang 110cc, namun rekaan model konsep 3D memperlihatkannya seperti sebuah ‘super moped‘. Ia dapat dilihat menerusi penggunaan tayar jenis lumba yang lebih lebar yang dipadankan dengan rim lima jejari berkembar. Reka bentuk depannya nampak moden, dengan lampu depan jenis tersorok dan juga jejalur lampu siang LED yang memanjang pada ‘fairing‘ depan.

Satu perkara unik pada reka bentuk model ini adalah tangki minyaknya yang berada di bahagian depan, bukan seperti kelaziman pada model jenis kapcai di bawah pelana tempat duduk. Jika anda perasan, rekaan belakang yang berbentuk seperti ‘corong’ itu sebenarnya masih lagi dipengaruhi oleh reka bentuk asal Kriss generasi pertama.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-63 tahun ini, Wak turut menghasilkan sebuah model edisi khas Merdeka dengan hiasan grafik badan yang bertemakan ‘Jalur Gemilang’. Ia nampak ranggi dan sesuai untuk mereka yang berjiwa patriotik. Bila terlihat bintang pecah empat belas pada bahagian depannya, penulis terus teringat kepada kostum adiwira Marvel, Captain America.

Pada pandangan penulis, reka bentuk keseluruhan Modenas Kriss Concept ini cukup mengujakan dan dilihat seperti sudah dipersiapkan ke arah versi pengeluaran. Namun, ia semata-mata imaginasi seorang pereka prolifik yang tiada kena mengena langsung dengan model sebenar.

Mungkin, kita boleh berharap dalam beberapa tahun lagi Modenas akan mengeluarkan generasi baharu Kriss dengan reka bentuk yang lebih memukau. Untuk melihat hasil karya Wak yang lain, anda boleh ke laman Instagram rasmi beliau di saharudindesign.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply