Menerusi laman Twitter rasminya semalam, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin telah memuat naik ciapan dan beberapa foto yang memperlihatkan sebuah prototaip kenderaan elektrik (EV) pertama yang dibangunkan di Malaysia, dikenali sebagai MYKAR.
Kata beliau, sekiranya dapat dikomersialkan nanti, ia boleh dijual pada harga sama seperti sebuah Perodua Myvi. Model jenis hatchback ini dikatakan mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 200km dengan sekali cas penuh. MYKAR dibangunkan oleh syarikat tempatan, System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS) yang berpangkalan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’
SCS merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektronik, komunikasi dan integrasi sistem dengan pengalaman selama 25 tahun dalam industri pertahanan. Mereka mampu membangunkan sistem perisian dari peringkat awal, penyelenggaraan dan perunding ICT, serta mempunyai pesawat terbang sendiri (UAV) yang buatan mereka iaitu Agas FW X8, Agas MP Tethered dan Agas MR Quadcopter.
Berbalik kepada MYKAR, menurut rakan media kami Hezeri Samsuri (Careta.my), prototaip ini bukanlah model yang sebenar. Ia hanyalah untuk memperlihatkan keupayaan syarikat tersebut dalam membangunkan dan mengendalikan EV, bukan untuk membina keseluruhan kereta. Katanya, prototaip ini dibina dari casis kerangka tangga dengan badan yang diperbuat dari bahan gentian kaca.
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 dikesan sedang ‘berdua-duaan’
Ia menggunakan hab motor untuk pacuan roda belakang dan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 10 kwh. Meskipun hanyalah prototaip awal, Hezeri berkata MYKAR mampu memintas Myvi 1.5L semasa ujian seret (drag). Jika kita perhatikan pada foto-foto yang ada, prototaipnya pada peringkat awal dilihat mengitar semula beberapa komponen dari kereta lain, contohnya lampu belakang dari model Perdana.
Tetapi pada prototaip yang diuji semalam rekaan belakangnya telah diolah semula dengan lampu jenis memanjang bersambung dan ia nampak lebih kemas meskipun ia masih belum lengkap sepenuhnya. Rekabentuk depannya agak ringkas dengan rekaan lampu depan yang tirus dan runcing.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Twitter Khairy Jamaluddin, Rushdi Abdul Rahim dan Facebook System Consultancy Services
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
KOMEN TERKINI