ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tayang imej rasmi pertama X50

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, hari ini Proton buat pertama kalinya menyiarkan beberapa imej rasmi pertama SUV kompak yang paling dinanti-nantikan, X50 menerusi laman Facebook rasminya sebentar tadi. Maka dengan ini tamatlah sudah sesi foto intip berceloreng memandangkan pra-pelancarannya kian hampir, iaitu pada Selasa minggu depan (15 September 2020).

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Tiada sebarang kenyataan media mahupun informasi yang diberikan oleh pihak Proton kerana mereka hanya mahu menayangkan foto-foto ini sahaja terlebih dahulu. Maklumat lanjut mengenainya mungkin akan diperolehi pada hari pra-pelancarannya nanti, manakala harganya akan diumumkan pada tarikh pelancaran rasminya.

Mengikut maklumat yang kami terima, jangkaan julat harga model ini bermula dari RM70K (varian Standard) hingga ke RM90K (Premium/Sport). Tiga pilihan varian bakal ditawarkan terdiri dari varian Standard, Executive dan Premium/Sport. Enam pilihan warna boleh dipilih termasuk putih, kelabu, perak, putih, biru dan oren serta kombinasi warna dwitona (seperti foto di bawah).

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo (Drive E) yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Dwi-cekam (DCT). SUV segmen-B ini akan dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap dua yang merangkumi ciri Kawalan Jelajah Pintar (ICC), Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Kekal Laluan (LKA), Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki untuk varian paling tinggi.

Nantikan maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa. Sudahkah anda bersedia?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply