ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda siar foto acah rasmi Civic Type R 2022

Berita Global

Views

Honda mula ‘menguji keimanan’ para peminat tegar Civic Type R dengan menyiarkan dua foto acah rasmi model tersebut yang bakal dilancarkan tahun depan.

Desas-desus mengatakan, versi Type R itu nanti bakal menjadi model yang terakhir dikuasakan oelh enjin pembakaran dalaman (ICE) di pasaran Eropah, kerana pengeluar dari Jepun itu mula beralih ke arah elektrifikasi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Dua foto Civic Type R 2022 yang masih dilitupi celoreng penyamaran itu memaparkan beberapa komponen aerodinamik yang menjadikan penampilannya lebih garang. Meskipun tampak garang, versi Type R ini lebih kemas dan tidak terlalu berserabut berbanding model sebelumnya.

Dari arah depan, kita dapat melihat jeriji yang lebih besar dan salur kemasukan udara di tengah yang besar. Fender depan dan belakangnya nampak sedikit lebar berbanding dengan Civic hatchback standard, manakala rim aloi berdiameter besar yang dibaluti tayar profil-rendah Michelin telah berjaya menyorokkan angkup brek Brembo yang dicat merah.

Kita juga dapat melihat, tambahan ambang sisi (side-sill) dengan sirip yang bersepadu dan bolong (vent) udara kecil di belakang roda hadapan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Di belakang, kelihatan sayap belakang yang agak tinggi namun ia tidaklah ekstrem seperti versi sebelumnya. Akhir sekali, kelihatan peresap (diffuser) belakang dengan rekaan yang lebih menonjol dan di tengah-tengahnya terletak tiga corong ekzos.

Buat masa ini Honda masih berahsia mengenai spesifikasinya, namun menurut laporan terkini, ia akan dijana oleh enjin turbocas 2.0-liter yang dipertingkatkan yang mampu menghasilkan lebih output berbanding enjin model semasa yang menjana 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas.

Ia turut dilengkapi dengan kombinasi tetapan suspensi yang lebih mantap dan brek yang lebih padu. Civic Type R baharu hanya akan diperkenalkan pada tahun depan (2022) memandangkan banyak lagi kerja-kerja pembangunan yang perlu dibereskan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply