ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 200 kuasa kuda ini mampu catat masa 2 minit 47 saat di Litar Sepang

Berita Tempatan

Views

Siapa kata model SUV tak ‘power’? Ini telah dibuktikan oleh laman Facebook All In CROSS FIFTY Accessories Malaysia yang merupakan pembekal barangan OEM Geely untuk para pemilik Proton X50 di Malaysia. X50 yang ditala oleh mereka pada Tahap 2 ini dikatakan mampu menjana 200 kuasa kuda dan 310 Nm daya kilas!

Bagi membuktikan keupayaan X50 ini, mereka telah membawanya ‘turun’ ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ia terbukti andal meskipun ‘dilenjan’ teruk oleh pemandu profesional selama empat jam di litar tersebut.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Lebih mengujakan, ia mampu mencatat masa sepusingan 2 minit 47 saat dengan purata kelajuan 122km/j. Apa rahsia yang membuatkan X50 lebih berkuasa berbanding model standard? Ini adalah antara modifikasi yang telah dilakukan oleh mereka:

  • Sistem suspensi boleh laras 32-langkah DWD
  • Sesendal (bushing) berprestasi tinggi
  • Bar pengukuh casis SuperCircuit
  • Kit brek Brembo 6 Pot 380mm
  • Pip ekzos catless SuperCircuit
  • Talaan Unit Kawalan Elektronik (ECU) kustom Tahap 2

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kata mereka, “X50 ini tak goyang bossku!” Memang nampak stabil dan mantap pengendalian X50 ini dengan talaan yang telah dibuat. Nampak seolah-olah ia melekat pada litar. Tak percaya?

Anda boleh tonton aksi X50 berwarna hitam dan merah jambu ini ‘menghambat Gojira’ (Nissan GT-R) pada peringkat awal video di atas. Untuk maklumat lanjut mengenainya, anda boleh terus menghubungi Hendry di talian 016-680 8993.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit All In CROSS FIFTY Accessories Malaysia

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply