Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin seolah-olah memberi bayangan bahawa kariernya di kejuaraan dunia telah pun berakhir.
Menurut MotoMalaya.net, perkara itu dibangkitkan menerusi perkongsian di Instagram story miliknya, semalam.
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
Dalam gambar tersebut, Hafizh mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan terhadapnya selama lapan tahun di Kejuaraan Dunia.
Musim 2021 bakal melabuhkan tirai dengan baki tiga pusingan lagi, namun status Hafizh bersama NTS RW Racing masih menjadi tanda tanya tatkala tiada pengesahan sama ada kontraknya akan disambung.
Bagaimanapun, perkongsian terbaru Hafizh ini seakan mengesahkan perkara tersebut meskipun telah berkhidmat dengan baik dalam membangunkan casis dan jentera NTS.
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
Jika kelibat Hafizh tiada lagi dalam Kejuaraan Dunia, ini bermakna tidak ada lagi wakil negara dalam kejohanan itu musim depan.
Dalam pada itu, pembubaran pasukan Petronas Sprinta Racing di Moto2 dan Moto3 musim depan turut menyukarkan pelumba tempatan, Syarifuddin Azman dan Adam Norrodin untuk ‘naik pangkat’ dari FIM CEV.
Apa sekalipun, kita nantikan pengumuman rasmi dan perkembangan terkini dari pihak Hafizh dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Hafizh Syahrin Abdullah
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
KOMEN TERKINI