ARKIB

KATEGORI

Buletin

Huawei lancar model kereta pertama AITO M5, dilengkapi HarmonyOS

Berita Global

Views

Gergasi telekomunikasi dari China, Huawei telah memperkenalkan kereta pertama mereka iaitu sebuah SUV saiz-sederhana yang dikenali sebagai AITO M5 pada 23 Disember lalu.

Model pertama yang dihasilkan di bawah jenama AITO ini adalah usahasama dengan pengeluar kereta, SERES.

Menurut Huawei, SUV ini akan dilengkapi dengan kokpit pintar yang dikuasakan oleh HarmonyOS bersama sistem elektrikal Huawei DriveONE.

AITO M5 mampu menjana 3.2 kWh tenaga elektrik dengan hanya seliter bahan bakar menerusi enjin 1.5T empat-silinder range extender 3.0.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

SUV ini dilengkapi dengan sistem pacuan empat-roda (4WD) pintar, dengan motor AC hadapan tak segerak (asynchronous) dan motor segerak magnet kekal di belakang yang menjana output sebanyak 315kW- 365kW.

Kenderaan ini juga mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat. Huawei berkata, AITO M5 mempunyai jarak perjalanan 1,195 km dalam kitaran NEDC setelah dicas sepenuhnya.

Kereta ini direka dengan cermin kalis-bunyi dwi lapisan, yang memberikan suasana “seperti berada di dalam perpustakaan”. Selain itu, kadar NVHnya juga berjaya dikurangkan kepada 56.9dB.

Kokpit pintar HarmonyOS yang terkini merapatkan jurang maklumat antara kenderaan, telefon mudah alih, rumah pintar dan peranti pintar.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ia turut dilengkapi dengan sebuah kamera CMS, sebuah kamera DMS, sebuah kamera DVR, sebuah kamera penderia visual, empat kamera APA, 12 unit radar ultrasonik jarak-jauh dan radar gelombang-tiga millimeter.

Dari segi kepintaran, ia menampilkan fungsi pemanduan autonomi tahap 2+ (L2+), yang merangkumi bantuan kekal lorong, pemantauan titik-buta dan sistem parkir pintar 360° dengan lebih 100 senario.

AITO M5 didatangkan dengan tiga pilihan varian, dengan harga bermula dari RMB250,000 (RM164,097) hingga RMB320,000 (RM210,045).

Model ini boleh dipandu uji bermula dari 20 Januari 2022 dan penghantarannya dijangka bermula selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply