ARKIB

KATEGORI

Buletin

SmartTAG mampu percepatkan pelaksanaan sistem plaza tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong – EFKON Asia

Berita Tempatan

Views

EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi Austria bagi sistem kutipan tol Infra-Merah (IR) di lebuh raya Malaysia, berkata sistem yang terbukti itu sedia dan mampu membantu mempercepatkan pelaksanaan sistem aliran bebas trafik pelbagai lorong dan membantu mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch menegaskan bahawa sistem IR yang menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan unit pembaca tol SmartTAG mempunyai gabungan pangkalan pelanggan seramai lima juta pengguna dan jumlah ini semakin berkembang.

Tambahnya, usaha menaik taraf produk berterusan telah meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan pengalaman pengguna dengan ketara.

Sistem ini menjadi titik persediaan yang ideal dan jauh lebih maju dalam mencapai objektif lebuh raya bebas kesesakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) berbanding dengan sistem pembayaran Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) yang masih baharu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tahun ini sahaja, dianggarkan 75 peratus daripada 270,000 kereta penumpang dan kenderaan komersial baharu yang didaftarkan di Semenanjung Malaysia sehingga September 2021 telahpun dilengkapi dengan pembaca tol terbina dalam atau peranti mudah alih yang serasi dengan SmartTAG.

Berdasarkan maklum balas orang ramai terhadap pengumuman oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) baru-baru ini, kebanyakan pengguna lebuh raya jelas lebih mengutamakan sistem IR, yang telah digunakan di negara ini sejak tahun 2005.

Blasch percaya bahawa pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya harus melihat kepada menambah dan bukannya mengurangkan lorong SmartTAG jika objektifnya adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Katanya, di Jerman, Sistem Tol Trak Seluruh Negara yang dipasang di semua lebuh raya dalam konfigurasi Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) telah terbukti sangat berkesan, memenuhi keperluan lebih dua juta trak yang bergerak sehingga 100 km/j.

Ia menggunakan teknologi IR yang serupa, seperti di Malaysia, untuk mengesahkan pembayaran. Pihaknya juga telah berjaya mengulangi ujian ini di Malaysia. Unit serasi SmartTAG keluaran mereka mematuhi piawaian DSRC (Dedicated Short-Range Communication) dan diperakui ECE R10.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Jelasnya, peranti ini beroperasi dalam jalur 400THz dan, oleh itu, dapat memindahkan data 10,000 kali lebih cepat daripada RFID. Memandangkan dikuasakan bateri, setiap unit aktif dengan masa bangun hanya dua milisaat berbanding RFID pasif 45 milisaat.

EFKON Asia telah bekerjasama rapat dengan pengeluar tempatan peranti serasi SmartTAG untuk terus memperkenalkan peningkatan dan menambah baik pengalaman pengguna.

Ujarnya, pembaca tol terbina dalam yang serasi dengan SmartTAG dikuasakan oleh bateri kereta manakala unit mudah alih seperti MaxTAG kini didatangkan dengan bateri 1000mAh boleh dicas semula yang berkuasa dan tahan lebih lama.

Bagi syarikat konsesi lebuh raya, pihaknya kini menawarkan antena sisi lorong baharu pada kos subsidi untuk menaik taraf prestasi lorong SmartTAG bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar.

Pada suku pertama tahun 2022, pihaknya akan bergerak ke arah pendigitalan dengan mendayakan sambungan Bluetooth antara peranti dan telefon pintar serta sistem media kereta. Tambah Blasch lagi, sambungan ke e-dompet untuk tambah nilai mudah juga boleh dilakukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply