ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai jangka teksi terbang bandarnya mula beroperasi sebelum 2030

Berita Global

Views

Hyundai begitu optimis mengenai depan mobiliti udara bandar dan telah menjangkakan industri itu akan mula beroperasi menjelang akhir dekad.

Kini terdapat beberapa kereta terbang yang sudah ada di pasaran, namun masih belum ada pembuat kereta utama yang memperkenalkannya. Antara pengeluar kereta yang menceburi pasaran tersebut ialah Hyundai.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Mereka kini sedang membangunkan kenderaan terbang berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL), bukannya kereta terbang yang juga boleh dipandu di jalan raya.

Pengeluar kereta dari Korea Selatan telah memperkenalkan kenderaan terbang konsep pertamanya, dikenali sebagai S-A1 yang dibagunkan secara usahasama dengan Uber pada awal tahun 2020.

Pembangunan kenderaan tersebut kini berjalan dengan lancar dan Hyundai merancang untuk melancarkan  penerbangan komersial pertamanya pada 2028.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Menurut ketua eksekutif operasi Hyundai Eropah, Michael Cole, mobiliti udara bandar bakal menawarkan peluang besar untuk membebaskan kesesakan di bandar dan dalam masa yang sama membantu mengurangkan emisi.

November lalu, Hyundai telah menubuhkan sebuah syarikat baharu, iaitu Supernal yang berfungsi sebagai evolusi Bahagian Mobiliti Udara Bandarnya dan akan bertanggungjawab untuk membawa konsep S-A1 ke pasaran.

Pesawat VTOL ini telah direka untuk terbang pada halaju sehingga 290 km/j, pada ketinggian 300-600 meter dan akan dijana oleh elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply