ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Malaysia siar iklan acah Kona N Line

Berita Tempatan

Views

Setelah melancarkan Hyundai Kona facelift bulan lalu, laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia telah mula menyiarkan iklan acah Kona N Line yang dijangka tiba dalam masa yang terdekat. Video yang memaparkan Kona yang lebih sporty itu mula disiarkan sejak 21 Mei lalu.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi mahupun tarikh pelancaran model tersebut, namun berkemungkinan versi yang akan tiba nanti hanya lebih kepada peningkatan dari segi penampilan dan bukanlah versi N yang sepenuhnya kerana sebelum ini Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) pernah berkata versi tersebut tidak akan dibawa ke Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Kona N Line tampil dengan gaya yang lebih sporty dengan wajah yang lebih garang. Ia turut dipasang dengan skirt sisi, bampar belakang dengan diffuser, corong ekzos berkembar dan pelapik badan yang dicat dengan warna badan kereta serta rim aloi bersaiz 18-inci. Di ruang kabin pula, ia menampilkan kemasan benang merah pada tempat duduk, injak dengan kemasan logam, serta lencana N Line pada stereng, tombol gear dan tempat duduk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply