ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKPD di Kuantan – Empat laluan tikus ditutup

Berita Tempatan

Views

Hanya enam laluan di pintu masuk sempadan negeri Pahang dibuka bagi mengawal pergerakan keluar masuk individu dan kenderaan ke daerah Kuantan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan bermula hari ini hingga 7 Jun depan.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, hanya mereka atau kenderaan yang mendapat kebenaran sahaja dibenarkan melakukan pergerakan dan bagi mereka yang tiada urusan perlu berada di rumah sepanjang tempoh PKPD.

Jelas beliau, pihaknya akan memastikan mereka yang melakukan pergerakan rentas daerah termasuk di sempadan Kuantan-Kemaman mempunyai dokumen lengkap termasuk surat pengesahan atau kebenaran majikan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Berdasarkan maklumat PKP sebelum ini, terdapat antara 80 hingga 100 individu melakukan pergerakan di pintu sempadan Kuantan-Kemaman itu atas urusan kerja. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja penutupan laluan Jalan Jerangau-Jabor di sempadan daerah Kuantan awal pagi tadi.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah. Sementara itu katanya, empat laluan tikus termasuk Jalan Jerangau-Jabor di sempadan Kuantan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12.01 pagi pada Isnin.

Menurut beliau, langkah penutupan laluan tikus dikenal pasti bertujuan mengawal aktiviti pergerakan keluar masuk ke daerah ini. Bagi mereka yang berkeperluan untuk melakukan pergerakan keluar masuk boleh menggunakan laluan yang dibuka, namun perlu melalui tapisan ketat di SJR yang terlibat.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Bagaimanapun beliau berkata, enam sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 12 Mei lalu masih diteruskan. Tambah beliau, orang ramai perlu peka dengan setiap arahan dikeluarkan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terus berdegil dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau memberi amaran kepada semua pihak agar mematuhi SOP ditetapkan dan tidak melalukan aktiviti di luar rumah bagi mengelak dikenakan tindakan. Tindakan yang diambil ini bukan untuk menyusahkan sesiapa tetapi demi kepentingan bersama bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di daerah ini.

Sementara itu, Tengku Nor Asmaliza berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan pihak polis dalam menghadapi penugasan dalam tempoh PKPD. Beliau turut menyeru orang ramai agar lebih berdisiplin mematuhi SOP ditetapkan bagi memastikan kes-kes jangkitan COVID-19 dapat dibendung daripada terus meningkat.

Tambah bliau lagi, peningkatan kes jangkitan virus ini di Kuantan kebelakangan ini adalah disebabkan wujud pelanggaran SOP dalam kalangan masyarakat dan ia tidak sepatutnya berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply