ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pemandu e-hailing maut

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu e-hailing ditemui mati selepas terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.4 arah pulau dekat Seberang Perai, siang tadi.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut K! ONLINE, mangsa, lelaki berusia 56 tahun dipercayai terjun ke dalam laut selepas meninggalkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam keadaan enjin dimatikan kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengurusan jambatan itu yang memaklumkan terdapat sebuah kenderaan ditinggalkan di tepi jambatan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Siasatan mendapati kenderaan yang dipandu mangsa yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu milik anak saudaranya. Usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan polis marin, bomba dan Maritim Malaysia dengan kekuatan empat buah bot sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 4 petang.

Ujar beliau lagi, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi urusan bedah siasat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply