ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai perkenal Casper, SUV kecil dengan reka bentuk yang ranggi

Berita Global

Views
[광고] 캐스퍼 네이밍 티저 광고 (CASPER naming teaser)

Hyundai telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV aras-mula segmen-A, Casper yang bakal diancarkan sebelum akhir tahun ini. Pengeluar kereta dari Korea Selatan itu juga mengumumkan jadual tempahan awal untuk pelanggan di negara itu menerusi laman sesawang khusus untuk Casper.

SUV kecil yang sebelum ini dikenali dengan namakod AX-1 itu mula dikesan menjalani ujian sekitar bulan Februari lalu dan tampil menerusi beberapa siri iklan acah pada bulan Mei.

Ramai yang beranggapan nama Casper ada kaitan dengan nama watak kartun hantu comel, namun menurut Hyundai nama itu dipilih sempena gaya meluncur papan selaju (skateboard) terkenal yang dicipta oleh Bobby “Casper” Boyden pada tahun 70-an.

Rekaan unik Casper menampilkan sepasang lampu LED bulat bersaiz besar pada bahagian bampar, yang merupakan sebahagian daripada lampu depan yang terpisah.

Model asasnya mempunyai rekaan jeriji parametrik yang dicat dengan kemasan perak, manakala varian “active” mempunyai jeriji dengan kemasan hitam dengan tambahan lubang udara berbentuk bulat untuk intercooler.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Di bahagian belakang, ia dilengkapi dengan lampu parametrik yang bersepadu dengan cermin belakang, selain pemantul cahaya bulat yang memberi kesinambungan rekaan dengan bahagian depan

Gaya SUV diterapkan pada model ini menerusi plat gelincir, lapik badan plastik di sekeliling, bonet dinamik, fender bersegi dan rel para bumbung.

Casper juga memiliki lega tanah yang tinggi dan dari segi nisbah rekaan, tiang-A dengan kemasan hitam dan chamfer di sekeliling tingkap sisi kelihatan mirip dengan Suzuki Ignis yang dianggap salah satu pesaing utamanya.

Media permotoran tempatan di Korea Selatan berkata, dari segi dimensi Casper berukuran 3,595 mm panjang, 1,595 mm lebar, 1,575 mm tinggi dengan jarak antara gandar 2,400 mm.

Ini menjadikannya lebih kompak berbanding model SUV segmen-B Hyundai yang dipasarkan di serata dunia, termasuklah Bayon, Creta, Venue, dan Kona.

SUV baharu ini dibangunkan dari Pelantar K1 yang telah menjadi asas kepada beberapa model segmen-A, antaranya Hyundai i10 dan Kia Picanto.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Pilihan enjin untuk pasaran Korea termasuklah dua enjin petrol tiga-silinder – enjin aspirasi normal 1.0 MPI dan enjin turbocas 1.0 T-GDI.

Dari segi output, enjin ini masing-masing mampu menghasilkan 75 kuasa kuda dan 99 kuasa kuda pada model Hyundai i10 yang dipadankan dengan kotak gear lima-kelajuan manual atau lima-kelajuan automatik.

Difahamkan Casper akan ditawarkan dengan varian pacuan roda-hadapan. Casper dijangka akan dieksport ke India, di mana ia dikhabarkan akan dijana oleh enjin empat silinder 1.2 Kappa MPI aspirasi normal yang mampu menjana 83 kuasa kuda pada model Hyundai i10 Nios.

Akhir sekali, ada kemungkinan varian elektrik-penuh akan hadir pada pertengahan 2023, menggunakan modul pemanduan bersepadu (iDM) yang dibekalkan oleh BorgWarner.

Maklumat lebih lanjut mengenai Casper hanya akan didedahkan dalam tempoh beberapa bulan berikutnya dan desas-desus mengatakan pengeluarannya dijangka akan bermula di Korea pada 15 September ini.

Jadi, pelancaran rasmi dan penjualan model ini mungkin akan dibuat dalam masa terdekat. Setakat ini Hyundai masih belum mendedahkan informasi sama ada model ini akan dijual di pasaran lain ataupun tidak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply