ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar UMK maut, Toyota Avanza dipandunya bertembung dengan lori

Berita Tempatan

Views

Seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 118 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, hari ini.

Menurut K! ONLINE, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyaksikan kenderaan jenis Toyota Avanza berkenaan terbakar sejurus selepas mangsa, Nur Amirah Syahirah Samsudin,21, tercampak keluar.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke bandar Muadzam Shah.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian pemandu MPV dipercayai hilang kawalan dan secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

Tambahnya, akibat kejadian mangsa yang memandu Toyota Avanza itu tercampak keluar daripada kenderaanya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut Kamarulzaman kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal semasa kejadian jalan basah akibat hujan dan lokasi jalan adalah berselekoh dengan sistem jalan tiga lorong dua hala.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu MPV kerana gagal mengawal kenderaan sehingga berlakunya kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply