ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Tucson 2016 lebih elegan dan bergaya!

Views

2016-Hyundai-Tucson-2

Hyundai bakal menggantikan model ix35 di Eropah dengan model serba baharu yang lebih bergaya, Tucson generasi baharu yang turut bakal menjengah pasaran Amerika Utara. Tucson bakal berentap dengan saingan yang cukup hebat dalam kategori SUV kompak seperti Nissan Qashqai, Honda CR-V dan Toyota RAV4. Ketua Pereka Hyundai Motor Group, Peter Schreyer berkata rekaan luaran Tucson generasi baharu adalah lebih “berani dan atletik”.

Ruang kabinnya menurut Hyundai menawarkan ruang yang lebih luas dan penambaikan kualiti plastik dengan bahan sentuhan lembut, selain pelbagai ciri yang menarik seperti tempat duduk hadapan dengan pemanas dan pengudaraan selain sistem navigasi generasi baharu yang dikatakan tiga kali lebih pantas berbanding unit sebelumnya.

Tucson akan mempunyai beberapa pilihan enjin, termasuk dua unit enjin petrol dan turbo (T-GDI) berkapasiti 1.6-liter berkuasa 135PS (133hp) untuk versi GDI dan 176PS (174hp) untuk versi turbo (T-GDI), manakala 3 lagi unit enjin diesel berkuasa 115PS (113hp) versi 1.7-liter, 136PS (134hp) dan 184PS (181hp) untuk versi 2.0-liter.

Kesemua unit enjin dipadankan dengan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan manual, manakala versi 1.6-liter turbo petrol akan ditawarkan dengan pilihan transmisi klac berkembar 7-kelajuan (7DCT), selain dua versi 2.0-liter diesel pula akan mempunyai pilihan transmisi 6-kelajuan automatik. Tucson versi pacuan roda hadapan dan empat roda turut ditawarkan sebagai pilihan. Ia bakal membuat penampilan pertamanya di Geneva Motor Show bulan hadapan. Tucson akan dipasang di kilang Hyundai di Republik Czech dan bakal berada dipasaran Eropah pada pertengahan tahun ini.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

2016-Hyundai-Tucson-1 2016-Hyundai-Tucson-3 2016-Hyundai-Tucson-4 2016-Hyundai-Tucson-5 2016-Hyundai-Tucson-6

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply