ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kia Sportspace Concept tonjolkan rekaan baharu model gantian Optima

Views

Kia-Sportspace-Concept-2

Bukan sekadar kereta konsep, Kia Sportspace Concept dikatakan versi pra-tonton model gantian Optima yang dibuat dalam bentuk estate/wagon. Ia juga bakal menjadi salah satu model yang menjadi tarikan utama di Geneva Motor Show nanti. Kia Sportspace Concept telah diilhamkan oleh studio rekabentuk Kia di Frankfurt dibawah pengawasan Gregory Guillaume, Ketua Pereka Eropah dengan bertemakan “kendereaan yang menarik dan bergaya” untuk empat penumpang, “tanpa mengorbankan prestasi, kemampanan dan ekonomi yang amat sinonim dengan jenama Kia.”

Tiada maklumat lanjut mengenai enjin yang digunakan oleh Kia Sportspace Concept yang hanya akan diumumkan semasa Geneva Motor Show bermula 3 Mac nanti. Bagi saya Kia telah menaik taraf jeriji “tiger nose” dengan begitu kemas, ringkas dan menarik sekali. Secara keseluruhannya rekaannya cukup dinamik dan sporty walaupun dalam bentuk sebuah estate/wagon.

* Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada pembaca funtasticko.net yang bakal menyambutnya esok. Semoga dengan kedatangan tahun kambing ini bakal memberikan kemakmuran pada anda semua. Gong Xi Fa Cai, Xīn Nián Kuài Lè (新年快乐)! Merah tu warna Kia Sportspace Concept, ada ong kot, hahaha…

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

Kia-Sportspace-Concept-8 Kia-Sportspace-Concept-4 Kia-Sportspace-Concept-6 Kia-Sportspace-Concept-10 Kia-Sportspace-Concept-9

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply