ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iklan acah model baharu Modenas, adakah ia Dominar 400 2021?

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Modenas telah mula menyiarkan iklan acah model baharu yang bakal diperkenalkan dalam masa terdekat sejak 31 Ogos lalu. Video yang memaparkan seorang lelaki yang memberi bayangan awal model tersebut dengan beberapa patah perkataan seperti “Lebih Kuat, Lebih Pantas, Lebih Agresif, nantikan…”.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ini sekaligus menimbulkan tanda-tanya dan spekulasi di kalangan warganet dan ada yang mengatakan model tersebut adalah Dominar 250. Tambahan pula, di bawah video itu tertera dua petunjuk awal iaitu Powered By Bajaj dan Loved in 70 Countries.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut firasat kami, ada kemungkinan model yang bakal dilancarkan nanti adalah Dominar 400 2021. Mengapa kami berkata begitu? Anda masih ingat lagi tak, kami pernah menyiarkan satu artikel yang memaparkan iklan acah model tersebut dalam filem pendek sempena Hari Raya Aidilfitri.

Video itu ada memparkan imbasan kelibat sebuah motosikal Dominar 400 versi terbaharu berwarna hijau metalik. Kebetulan pula, dalam video acah terbaharu, tulisannya juga menggunakan warna hijau. Setakat ini tiada sebarang info yang diperolehi dan kami akan cuba mendapatkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply