ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas acah model Dominar 400 dalam filem pendek sempena Aidilfitri

Berita Tempatan

Views

Dah tonton filem pendek bertajuk “Rajuk Mak” sempena Hari Raya Aidilfitri dari Modenas lakonan mantap Beto Kusyairy dan Fauziah Nawi? Tapi sebenarnya dalam iklan itu ada satu kelibat model misteri yang ‘mencuri tumpuan’ dan sengaja dipaparkan bagi membuatkan penonton tertanya-tanya.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Perasan tak dalam filem pendek itu kelihatan imbasan kelibat sebuah motosikal Dominar 400 versi terbaharu berwarna hijau metalik? Namun ia tidak didedahkan sepenuhnya memandangkan model tersebut masih lagi belum dilancarkan.

Model tersebut telah berada di pasaran Thailand dan apa yang menarik ia diimport di Gurun, Kedah bukannya “Made in India”. Dominar 400 di sana menggunakan lencana Bajaj dan telah dikemaskini, antaranya peningkatan kuasa enjin dari 35 kuasa kuda (model semasa di Malaysia) kepada 40 kuasa kuda.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan sistem transmisi telah menerima penalaan semula, fork depan jenis songsang, lampu LED baharu, panel meter jenis digital baharu,  sistem ekzos berkembar dan brek depan yang telah diubah ke sebelah kiri.

Selain itu, ia ditawarkan dengan pilihan warna hijau baharu seperti yang muncul dalam filem pendek tersebut. Di Thailand, Dominar 400 dijual pada harga 115,000 THB (RM15,195). Dengan kemunculan Dominar 400 ini, seakan memberi petanda awal yang ianya bakal diperkenalkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply