ARKIB

KATEGORI

Info

Imbau Kembali : ‘PU’ – Cadangan awal kereta sport pertama Proton yang gagal direalisasikan

Info

Views

Kami rasa ramai yang tidak tahu pada awal tahun 2000, Proton bersama anak syarikatnya pada ketika itu Lotus telah membentangkan cadangan untuk mengeluarkan sebuah kereta sport berenjin tengah secara pembangunan bersama. Kereta sport yang dikenali dengan namakod ‘PU‘ (Proton Ultimate) itu bakal dikuasakan oleh enjin 2.0 liter dengan konfigurasi 2+2 tempat duduk.

Ia juga dikatakan bakal menggunakan pelbagai teknologi canggih, bahan yang ringan serta komponen dari Proton bagi meminimakan kos pengeluaran. Menurut wartawan permotoran senior Chips Yap, Proton bercadang untuk mengeluarkan 10,000 – 15,000 unit model ini dalam jangka kitaran hayatnya (lima tahun).

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Projek ini mula diaktifkan pada bulan Februari 2000 dan ia dibangunkan dari casis ‘Monaco’ yang telah dipamerkan oleh Lotus di Frankfurt Motor Show setahun sebelum itu. Ketua Eksekutif Lotus Group International pada ketika itu, Chris Knight berkata, casis ini sangat ‘revolusioner dan serba boleh’ dan ia bakal diadaptasikan kepada model kereta sport Proton. Jika mengikut perancangan, model ini sepatutnya dilancarkan pada awal 2003.

Dua pilihan penjana tenaga telah dipertimbangkan oleh Proton,  salah satu daripadanya adalah enjin yang dibangunkan oleh Petronas (E01) dan satu lagi pilihan adalah enjin model Perdana V6 yang dibekalkan oleh Mitsubishi yang mampu menjana 200ps. Enjin dari Petronas dikatakan adalah pilihan yang terbaik kerana Proton mahu mengurangkan kebergantungan mereka dengan Mitsubishi.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada masa itu, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff berkata, objektif syarikat untuk membangunkan kereta sport yang canggih ini adalah untuk menjadikannya lebih mampu milik, khususnya untuk rakyat Malaysia. Difahamkan Proton akan meletakkan tanda harga di bawah RM150,000 untuk model ini pada hari pelancarannya, namun segalanya kini hanya tinggal kenangan.

Pada kami mujurlah projek ini tidak menjadi kenyataan kerana Proton ketika itu sepatutnya lebih menumpukan kepada penghasilan kereta penumpang yang boleh dibeli oleh kebanyakan ‘rakyat marhaen’ berbanding dengan hanya ‘syok sendiri’ untuk mengeluarkan kereta yang hanya mampu dimiliki oleh segelintir individu yang kaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply