ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Gambaran artis

Views

Pakar manipulasi digital yang tersohor, Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin sekali lagi berkongsi karya terbaharunya bersama kami, dan kali ini beliau telah memilih untuk menjelmakan kembali legasi Proton Wira. Menurutnya, konsep rekaan sedan ‘tiga kotak’ (three box sedan) masih lagi dikekalkan untuk versi baharu ini, namun ia diolah dengan gaya yang lebih moden.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Dari depan, elemen rekaan terkini Proton seperti Infinite Weave dan busur (Ethereal Bow) telah ditampilkan pada jeriji utama yang agak nipis dan lebar. Ia diapit oleh sepasang lampu depan yang mempunyai bentuk seakan ‘mata helang’ yang dihiasi lampu nyalaan siang LED (DRL) di bahagian dalam.

Rekaan bamparnya juga agak unik dengan sedikit kemasan krom pada sisi liang angin, tetapi kami suka melihat lekuk pada bonet yang masih dibawa dari rekaan asal model tersebut. Dari sisi, profil Proton Wira ini mirip sebuah sedan dari negara Jerman dengan garis badan yang ringkas tetapi nampak tegap.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Kemasan krom turut menghiasi bingkai tingkap dan ia telah menyuntik unsur kemewahan pada penampilannya. Ke bahagian belakang, ia diolah dengan begitu kemas dan ringkas. Walaupun ia agak sedikit konvensional, namun rekaan lampu belakang yang menggunakan kombinasi jejalur LED berjaya menjadikan rekaan ini nampak lebih futuristik.

Ia sebenarnya diinspirasikan dari lampu belakang model terbaharu Geely seperti Boyue PRO. Seperti biasa logo harimau Proton kini tiada lagi di bahagian belakang dan ia digantikan dengan susunan abjad P R O T O N. Sekilas pandang rekaan digital ini nampak seperti ada gabungan model Mercedes-Benz, Volvo dan Audi secara keseluruhan.

Rekaan ini memang mengimbau kembali kenangan kita kepada model Proton Wira kan, terutama sekali rekaan emblem klasiknya yang masih dikekalkan. Apa pendapat anda? Kami suka!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply