ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Berita Tempatan

Views

Buat pertama kalinya, lakaran awal SUV elektrik MIMCO Alif telah dikeluarkan oleh salah satu calon akhir yang disenarai pendek untuk projek Kereta Nasional Ketiga, Alam Perkasa Consortium (APC). Lakaran SUV rekaan pereka tersohor Giorgetto Giugiaro itu telah dimuat naik ke laman sesawang The Edge sebentar tadi.

SUV elektrik bersaiz sederhana ini menampilkan reka bentuk gaya Eropah yang menepati citarasa global. Sekali imbas, gaya rekaan MIMCO Alif banyak diinspirasikan dari reka bentuk SUV premium seperti Audi Q3 dan Skoda Kamiq yang banyak menggunakan garis badan yang geometrik.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Dari depan, ia menampilkan rekaan yang moden, terutama sekali pada bahagian jeriji yang agak lebar dan dihiasi oleh jejalur lampu LED yang membentuk huruf ‘M’. Jeriji ini diapit terus oleh sepasang lampu depan yang nipis dan dipadankan dengan bampar agak ringkas. Hampir keseluruhan permukaan bamparnya tertutup kecuali di bahagian sisi kiri dan kanan yang dipasang dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).

Dari sisi, Alif nampak ‘sado’ dengan lekuk garis badan yang bersambung dari lampu depan terus ke lampu belakang. SUV ini nampak lebih gagah dan lasak secara visual dengan adanya pelapik pada lengkung tayar dan sisi bawah badan. Rekaan rim aloi lima bilah berkembar yang bersaiz agak besar dalam lakaran ini turut berjaya menyerlahkan gaya sportynya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Di belakang, Alif menampilkan trend reka bentuk automotif terkini dengan lampu belakang LED nipis yang bersambung terus antara satu sama lain. Emblem namanya diletakkan dibawah jalur lampu ditengah manakala logo imej ‘kepala burung Helang’nya pula diletakkan sedikit ke bawah.

Dari sudut ini Alif nampak lebih lebar dengan kekuda yang agak rendah. Rekabentuk bampar belakangnya pula meneruskan kesinambungan gaya rekaan ringkas seperti bampar depan. Buat masa ini tiada sebarang lakaran dalam dikeluarkan dan secara keseluruhan rekaan Alif memiliki gayanya yang tersendiri.

Alif akan dibina dari pelantar Advanced Modular Platform (AMP) dan mampu mencapai pecutan maksimum 230 km/j. Ia mempunyai jarak pemanduan sejauh 450 km untuk sekali caj dan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 95 kWh. Sekiranya APC dipilih untuk menjayakan projek Kereta Nasional Ketiga, prototaipnya mampu disiapkan dalam tempoh enam bulan dan akan dipamerkan di Geneva Motor Show tahun depan.

Apa pendapat anda mengenai lakaran SUV ini? Kami suka!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply