ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Foto Intipan

Views

Agak lama juga kita tidak melihat kelibat unit ujian bakal SUV kompak, Proton X50 di jalan raya kan? Sebentar tadi pembaca kami, Hazizy Sahar dan juga rakannya Farid berjaya mengesan sebuah unit Proton X50 yang sarat dengan celoreng penyamaran di sekitar kawasan pekan kecil.

Namun lokasi sebenarnya terpaksa dirahsiakan atas faktor-faktor tertentu. Foto-foto ini juga dirakam dalam jarak yang agak jauh dan masih ada pemandu di dalam kenderaan tersebut. Namun dengan sedikit kemahiran dalam perisian grafik, kami telah mencuba untuk menaikkan resolusi dan juga ‘zoom’kan foto supaya fotonya nampak lebih jelas.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Jika anda perasan, kelihatan juga kelibat sebuah unit Proton X70 yang dikatakan tanpa sebarang celoreng penyamaran. Ia mungkin sedang mengawasi dan mengekori pergerakan unit ujian Proton X50 itu dari belakang. Mungkin ia hanya sekadar unit pemantau atau turut menguji komponen yang sama dengan Proton X50, seperti enjin dan juga transmisi.

Unit ujian Proton X50 yang digunakan masih lagi unit asal Geely Bin Yue (SX11) versi Sport, namun tidak dipastikan sama ada pemanduan sebelah kiri atau telah ditukar ke sebelah kanan. Kami difahamkan model SUV kompak ini akan diperkenalkan seawal suku ketiga 2020.

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Ia bakal dijana oleh enjin 1.5 liter yang dipadankan bersama kotak gear Dwi-Klac (DCT) 7-kelajuan dan mampu menghasilkan 174 kuasa kuda dengan 255Nm daya kilas. Proton X50 akan dipasang secara tempatan di Tanjung Malim, namun butiran mengenainya masih lagi terhad buat masa ini.

Kami akan cuba mendapatkan lebih informasi mengenainya dari semasa ke semasa. Ramai yang dah sabar dan teruja untuk menantikan kemunculannya kan? Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply