ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Foto Intipan

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto intipan terbaharu Proton Saga facelift2019 yang dilitupi kain hitam dan sedang dibawa dengan trak pengangkut. Foto-foto ini telah berjaya dirakam oleh rakan kami Ahmad Amin dan kelibat dua buah lori pengangkut Saga facelift berbungkus ini dikesan di Damansara menuju Klang / Shah Alam.

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Ke manakah destinasi sebenar dua trak pengangkut ini tidak diketahui dan pada firasat kami ada kemungkinan ia baharu sahaja pulang dari penggambaran iklan komersial atau Proton membawanya ke satu lokasi rahsia untuk satu sesi pratonton kepada pihak media dalam masa terdekat.

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat

Jika dilihat pada bahagian rim yang terselak sedikit, jelas Saga facelift ini merupakan varian Premium. Nampak sangat sporty rekaan rim  tersebut dan mungkin ia bakal menjadi idaman pemilik Saga selepas ini. Apa pun, kami akan cuba mendapatkan perkhabaran mengenai model naik taraf ini dalam masa terdekat.

Jangan alih saluran dan teruskan kesetiaan anda bersama kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply