ARKIB

KATEGORI

Buletin

Politeknik Port Dickson rangkul kejuaraan pertandingan pemasaran Proton

Berita Tempatan

Views

Kumpulan Eureka dari Politeknik Port Dickson muncul juara keseluruhan pusingan akhir pertandingan pemasaran Proton yang telah melabuhkan tirainya pada 29 Julai 2019 di Pusat Kecemerlangan Proton (COE). 12 kumpulan telah berentap dan membuat pembentangan akhir mereka di hadapan tujuh orang juri yang terdiri daripada pengurusan kanan Proton, pakar industri pemasaran dan pengamal media.

Barisan juri diketuai oleh Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan dan Pemasaran Proton serta juri-juri dari industri pemasaran iaitu Tuan Abang Jimmy Abang Mordian, Ketua Pemasaran Petronas Dagangan, Assoc. Prof Dr Norbani Che Ha, Ketua Jabatan Pemasaran fakulti Perniagaan & Perakaunan di Universiti Malaya dan Encik Devan Perinpanay, Pengurus Negara VM Ware Malaysia.

Wakil media pula terdiri daripada Encik Hafriz Shah, Ketua Pengarang di Paultan.org, Encik Gan Yong Li, pengasas dan pemilik laman web Pandulaju.com.my dan Encik Eugene Wong Kang Yen, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Sin Chew Daily.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Sementara itu, kumpulan Alpha dari Taylor’s Lakeside Campus muncul sebagai naib juara manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Alpha Visionaries dari UTAR Kampar.  Menurut ketua juri, tahap pemikiran asli, daya kreativiti dan keyakinan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan di peringkat akhir ini telah memberi kejutan kepada para juri.

Tambahnya lagi, setiap peserta kumpulan di peringkat akhir ini adalah pemenang yang mempunyai masa depan cerah dalam mana-mana industri yang mereka mahu sertai kelak. Dalam majlis itu juga, Proton turut berkongsi sebahagian pelan hala tujunya bagi tahun 2020. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong untuk tahun 2019, jualan telah meningkat sebanyak 61 peratus bagi enam bulan pertama mengatasi semua pesaing industri serta Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

Proton kini telah mengakhiri tiga bulan berturut-turut di tempat kedua dalam carta jualan dan kini hanya berada beberapa ratus unit di belakang jenama saingan Jepun iaitu Honda untuk jualan keseluruhan tahun ini. Sasaran seterusnya adalah untuk mengakhiri tahun ini di tempat kedua.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Proton turut mensasarkan untuk menjual lebih daripada 100,000 unit kereta pada tahun 2020 dan berhasrat untuk mencapai skor tertinggi di dalam kelas bagi Indeks Khidmat Pelanggan (CSI) dan Indeks Khidmat Jualan (SSI). Untuk mencapai matlamat ini, Proton bakal menambah jumlah cawangan 3S/4S dari 100 kepada 150 sehingga hujung tahun ini.

Selain itu, Proton juga akan terus meningkatkan kualiti produknya dan matlamat jangka panjangnya adalah untuk selari dengan skor pemeriksaan kualiti Geely. Kata Dr Li lagi, jika unsur-unsur ini digabungkan dengan pengenalan produk-produk baharu, beliau yakin Proton mempunyai pelan yang kukuh untuk kembali berada di puncak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply