ARKIB

KATEGORI

Info

Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Info

Views

Akhirnya penantian peminat setia jenama Proton yang menunggu ketibaan Saga facelift 2019 akan berakhir tidak lama lagi. “Kereta marhaen” yang dinaik taraf itu bakal dilancarkan secara rasmi minggu depan bertempat di sebuah dewan pameran terkemuka di ibu kota. Majlis pelancaran bakal dilangsungkan pada jam 8.45 malam. Foto kad jemputan ke majlis tersebut mula berlegar di laman Facebook sejak petang tadi dan turut dikongsikan oleh rakan sekutu kami TheAjerul.

Apa yang kami tahu mengenai Saga facelift 2019?

Luaran

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian jeriji yang menampilkan elemen rekaan baharu Proton, Anyaman Infiniti (Infinite Weave) dan Busur (Ethereal Bow). Reka bentuk bampar depan lebih anggun dan bergaya dengan sepasang lampu nyalaan siang LED (DRL) *untuk varian Premium, manakala bampar belakang menampilkan rekaan yang lebih kemas dan sporty dengan liang angin berada di bahagian sisi kiri dan kanan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Bahagian belakang kini tidak lagi memaparkan emblem kepala harimau dan ia digantikan dengan susunan abjad P R O T O N yang merentangi di atas palang yang bersambung dengan lampu belakang. Antena bumbung yang sebelum ini berada di hadapan kini dianjakkan ke bahagian belakang.

Rim untuk varian Premium menggunakan rekaan lima bilah berkembar dengan kemasan dua tona bersaiz 15 inci, untuk varian Standard transmisi automatik akan menggunakan rim aloi bersaiz 14 inci manakala varian Standard transmisi manual pula akan menggunakan penutup rim plastik (rim kompang).

Dalaman

Di bahagian kabin, perubahan paling ketara adalah pada bahagian papan pemuka yang kini menggunakan unit audio atau sistem infohiburan jenis terapung. Untuk varian Premium ia akan mendapat sistem infohiburan dengan skrin sentuh, manakala untuk varian Standard ia menggunakan unit audio biasa.

Panel meternya juga diubah dan kini menampilkan kombinasi tolok meter analog dan digital (bukan berwarna) sama seperti model Exora 2019 (Running Change). Tombol gear untuk transmisi automatik akan berkongsi komponen yang sama dengan model Persona 2019 varian Executive.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Transmisi automatik baharu

Saga facelift 2019 dilengkapi dengan transmisi baharu, 4-kelajuan automatik yang dibekalkan oleh Hyundai PowerTech dan ia akan menggantikan transmisi CVT dari Punch yang sebelum ini sering mendapat rungutan dan kritikan dari penggunanya.

Dua varian sahaja

Kali ini Proton hanya akan menawarkan dua varian sahaja untuk Saga facelift 2019, iaitu :

  • Varian Standard (Manual/Automatik)
  • Varian Premium (Automatik sahaja)

Jangkaan kami Proton akan menawarkan harga yang sangat kompetitif untuk Saga facelift 2019 dan ia bakal menjadi “game changer” untuk sedan aras mula segmen A. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kad jemputan pelancaran Proton Saga facelift 2019

Foto Proton Saga facelift 2019 jalani penggambaran iklan (kredit Automachi)

Foto bocor Proton Saga facelift 2019 varian Premium

Foto intipan Proton Saga facelift 2019 varian Premium

Foto intipan Proton Saga facelift 2019 varian Standard

Foto bocor papan Proton Saga facelift 2019 varian Standard

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply