ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Gambaran awal model pertama Proton e.MAS berasaskan Geely Galaxy E5 versi RHD

Impresi Artis

Views

Proton pada 12 Jun yang lalu telah melancarkan jenama EV baharunya yang dikenali sebagai e.MAS. Ia bakal digunakan pada model kenderaan elektrik (EV) Proton yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Proton turut memperkenalkan logo baharu e.MAS yang menampilkan rekaan kepala harimau ‘tidak berkurung’ dalam bentuk 2D yang mengikut trend reka bentuk terkini untuk jenama EV yang lebih cenderung kepada grafik yang ringkas dan minimalis.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, model EV pertama e.MAS bakal dilancarkan pada Disember tahun ini dan Proton akan membuat pengumuman baharu menjelang pelancarannya nanti.

Ketika ini, ramai dalam kalangan pengamal media dan juga pemerhati automotif masih ‘berteka-teki’, model apakah yang bakal menjadi model EV pertama menggunakan jenama e.MAS.

Kebanyakannya membuat andaian, ia adalah versi pemanduan kanan (RHD) model SUV elektrik tulen, iaitu Geely Galaxy E5.

Sahabat kami yang juga pakar manipulasi digital, Theottle juga telah menyiapkan gambaran awal Geely Galaxy E5 versi RHD yang memakai lencana e.MAS.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Model ini merupakan ahli keempat dari keluarga Geely Galaxy yang sebelum ini mempunyai tiga lagi model iaitu L7L6, dan E8.

Dilaporkan, ia bakal mempunyai dua versi iaitu model pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD) yang dibangunkan dan diuji secara serentak. Kedua-dua versi ini juga akan dieksport ke pasaran luar negara.

Diposisikan sebagai SUV padat (compact), Geely Galaxy E5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,750 mm.

Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik TZ184XY101 yang dihasilkan oleh InfiMotion (无锡星驱动力科技有限公司) dengan kuasa maksimum 160 kW.

Ia digandingkan bersama pek bateri litium besi fosfat yang dibekalkan oleh SVOLT Energy Technology Co., Ltd. Walau bagaimanapun, perincian mengenai bateri dan spesifikasi jarak tidak didedahkan buat masa ini.

Model SUV elektrik ini juga didatangkan dengan pilihan bampar depan, rekaan rim, radar belakang, cermin sisi kemasan hitam, lampu hadapan, logo jenama berwarna hitam, cermin hadapan dengan gaya yang berbeza, jejalur hiasan hitam pada bingkai tingkap, rak para bumbung hitam, radar hadapan dan rekaan bumbung suria.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan dua pilihan saiz dan profil tayar, iaitu 225/55R18 dan 235/50R19. Pada 19 Februari lalu, CEO Geely, Gan Jiayue mengumumkan bahawa Geely Galaxy merancang untuk melancarkan tiga kenderaan tenaga baharu tahun ini, termasuklah satu model plug-in hybrid dn dua model elektrik tulen.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pengeluar kereta nasional itu sedang menguji jentera model EV terbabit selepas proses reka bentuk dan prototaip siap dibangunkan.

Ujar beliau, peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi reka bentuk dan prototaip sudah pun selesai dilaksanakan di China.

Proton kini sedang menguji EV serba baharu tersebut sebelum menunggu proses pengeluarannya, manakala tarikhnya pula akan dimaklumkan kemudian.

Untuk peringkat permulaan, ia akan dipasang di China memandangkan di sana sudah ada memiliki kemudahan yang diperlukan, selain inisiatif pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan bagi model EV import sepenuhnya (CBU).

Namun, Proton turut mempunyai perancangan untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model ini di Malaysia pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply