Dalam artikel terdahulu, unit ujian Toyota Hilux Travo 2025 yang lengkap dengan pelitup penyamaran telah berjaya dirakam dan dimuat naik ke akaun Facebook กฤษดา ก่อแก้ว dan portal Headlightmag.
Model facelift Hilux ini dijangka membuat kemunculan sulung globalnya di Thailand pada separuh kedua (H2) tahun ini dan ada laporan mengatakan yang model trak pikap itu bakal dikenali sebagai Hilux Travo.
Hilux Travo bukanlah model generasi baharu sepenuhnya dan hanyalah versi yang dipertingkatkan dan dikemas kini dari model semasa Hilux Revo.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Ukuran dimensi serta struktur badan utamanya masih lagi dikekalkan dan trak pikap ini hanya akan mengalami perubahan kosmetik luaran dan dalaman.
Reka bentuk luarannya menampilkan lampu hadapan rekaan baharu, hud, jeriji serta bampar hadapan gaya baharu manakala rekaan belakang juga menerima sentuhan semula di bahagian lampu serta bampar.
Hilux Travo 2025 dijangka mengekalkan keluarga enjin diesel seperti model sebelumnya, namun dengan beberapa penambahbaikan bagi membolehkannya melepasi piawaian pelepasan asap EURO5 dan EURO6.
Selain itu, besar kemungkinan ia akan didatangkan dengan sistem Stereng Kuasa Elektronik yang telah dipasang pada varian hibrid-ringkas Hilux yang dijual di pasaran Eropah dan juga Australia.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Dengan berpandukan kepada foto-foto intipan yang ada, sahabat kami Theottle cuba menghasilkan gambaran awal versi pengeluaran Hilux Travo 2025.
Meskipun ia hanya ‘visual secara digital’, rekaan yang dihasilkan Theottle telah dibuat dengan pemerhatian yang cukup teliti, dan hasilnya memang realistik.
Menurut pandangan penulis, Hilux Travo 2025 versi Theottle ini kelihatan lebih moden dan kemas berbanding dengan model sedia ada. Anda boleh melihat proses pembikinannya menerusi pautan yang telah disediakan.
Apa pun, kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai Hilux Travo 2025 dari semasa ke semasa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theottle
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI