ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Toyota Hilux Travo 2025 mula jalani ujian jalan raya di Thailand

Foto Intip

Views

Unit ujian Toyota Hilux Travo 2025 yang lengkap dengan pelitup penyamaran telah mula kelihatan di jalan raya sekitar Thailand. Kelibatnya telah berjaya dirakam dan dimuat naik ke akaun Facebook กฤษดา ก่อแก้ว dan portal Headlightmag.

Model facelift Hilux ini dijangka membuat kemunculan sulung globalnya di Thailand pada separuh kedua (H2) tahun ini dan ada laporan mengatakan yang model trak pikap itu bakal dikenali sebagai Hilux Travo.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Difahamkan Hilux Travo bukanlah model generasi baharu sepenuhnya, namun ia hanyalah versi yang dipertingkatkan dan dikemas kini dari model semasa Hilux Revo.

Dijangka ia akan mengalami perubahan kosmetik luaran dan dalaman. Walaubagaimanapun, ia masih mengekalkan ukuran dimensi serta struktur badan utamanya.

Dari segi luaran, ia bakal menerima rekaan lampu hadapan, hud, jeriji serta bampar hadapan gaya baharu manakala rekaan belakang juga menerima sentuhan semula di bahagian lampu serta bampar.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Hilux Travo 2025 dijangka mengekalkan keluarga enjin diesel seperti model sebelumnya, namun dengan beberapa penambahbaikan bagi membolehkannya melepasi piawaian pelepasan asap EURO5 dan EURO6.

Selain itu, berkemungkinan besar ia akan didatangkan dengan sistem Stereng Kuasa Elektronik yang telah dipasang pada varian hibrid-ringkas Hilux yang dijual di pasaran Eropah dan juga Australia.

Kami menjangkakan yang model Hilux Travo hanya akan tiba di Malaysia seawal penghujung tahun ini, atau pada awal tahun 2026.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit กฤษดา ก่อแก้ว dan Headlightmag

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply