ARKIB

KATEGORI

Tular

IMPRESI ARTIS: Gambaran Proton S70 Aeroback berdasarkan foto tular di media sosial

Tular

Views

Semalam kami ada menyiarkan foto Proton S70 versi ‘ekor kontot‘ di Facebook dan ia telah menerima pelbagai respon daripada warganet.

Cuma kami agak curiga dengan kewujudan model berkenaan kerana setakat yang kami tahu, ia tiada langsung dalam perancangan Proton.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan pengalaman penulis sebagai pereka grafik, foto tersebut sebenarnya ‘dilihat meragukan’, meskipun ia seolah-olah wujud di alam nyata. Ruangan komen di Facebook pula meriah dan ternyata ramai yang berminat dengan model tersebut.

Seperti biasa, sahabat kami Theophilus Chin@Theottle tampil menggunakan sentuhan ‘magis’nya dengan menghasilkan gambaran model berkenaan dalam versi penuh.

Secara keseluruhan ia masih sama seperti versi sedan, namun apabila tiba di tiang-C ke belakang, Theo telah mengolahnya dengan menyuntik elemen reka bentuk pada model Geely Xingyue/Tugella terutama sekali bahagian lampunya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hasilnya cukup mengagumkan dan kami yakin ramai yang bersetuju. S70 tidak nampak janggal meskipun dalam bentuk ‘liftback‘ atau ‘Aeroback‘, nama yang cukup tersohor dan sinonim dengan legasi model Proton terdahulu.

Kami berpendapat, Proton boleh mempertimbangkan S70 Aeroback sebagai tambahan kepada versi sedan pada masa akan datang. Adakah anda bersetuju dengan kami? Nyatakan di ruangan komen.

* Nota kaki: Apakah ini ‘rancangan nakal’ untuk mengusik warganet sempena 1 April hari ini? Kami seolah-olah dapat ‘menghidunya’, tapi biarkanlah ia kekal sebagai misteri…..

Jom tonton pembikinan S70 Aeroback!

Proton S70 Aeroback

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto tular

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply