Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah petang tadi, penulis terserempak dengan kelibat sebuah Peugeot 3008 facelift sedang menghala ke Tanjung Lumpur, Kuantan.
Pada mulanya, penulis tidak mengesyaki apa-apa kerana model pemasangan tempatan (CKD) ini telah pun dilancarkan pada 2021. Namun apabila terlihat plat perdagangan ‘K 1087 A‘ yang digantung pada model tersebut, penulis mula rasa curiga.
Lazimnya plat perdagangan yang bermula dengan abjad ‘K’ ini ada hubung kait dengan kilang pengeluaran milik Stellantis di Gurun, Kedah. Boleh jadi ada sesuatu yang sedang dibuatnya sehingga dibawa ke Kuantan kan?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Agak mustahil unit ini dihantar dari kilang terus kepada pelanggan, sedangkan ia boleh sahaja dibawa dengan menggunakan treler pengangkut kenderaan.
Oleh sebab itulah penulis terus mengekori unit ujian Peugeot 3008 facelift tanpa sebarang celoreng penyamaran ini, yang kebetulan singgah di TMG Mall Tanjung Lumpur.
Kelihatan ada dua individu dalam SUV tersebut dan salah seorangnya telah turun untuk membeli barang, manakala pemandunya pula masih menunggu di dalam kereta.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dengan kesempatan yang ada, penulis cuba menghampiri Peugeot 3008 facelift tersebut dan sempat juga merakam beberapa foto.
Jika anda perasan, ada satu pelekat berwarna merah ditampal pada plat perdagangan di bahagian depan dan penulis tidak pasti apakah yang tertera pada pelekat tersebut.
Mungkin ada rakan pembaca yang tahu ‘fungsi’ pelekat merah tersebut dan dari situ kita boleh merungkai apakah yang sebenarnya dilakukan oleh Peugeot 3008 facelift ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI