ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Perodua Aruz ‘harus’ ada versi pikap, setuju tak?

Impresi Artis

Views
Perodua Aruz Pickup

Sepanjang penubuhan Perodua, syarikat tersebut masih belum lagi menghasilkan model trak pikap atau setidak-tidaknya ute untuk pasaran massa kan?

Tetapi, ada satu model penulis lihat berpotensi untuk menjadi sebuah trak pikap, iaitu SUV tujuh-tempat duduk, Aruz. Meskipun kembarnya di Indonesia, Daihatsu Terios sudah beralih ke fasa facelift, namun setakat ini langsung tiada khabar berita mengenai versi facelift untuk Aruz.

Ini telah dibuktikan oleh sahabat kami iaitu, Theophilus Chin@Theottle yang sememangnya pakar dalam manipulasi digital. Theottle telah pun berjaya mengubah suai reka bentuk Aruz menjadi sebuah trak pikap bersaiz sederhana,

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam artikel terdahulu, individu yang sama juga pernah mencuba untuk mengolah rupa sedan Proton S70 kepada sebuah ‘ute‘ dan ia telah dinamakan semula sebagai Arena.

Berbalik kepada Aruz versi pikap ini, Theottle telah membuang bahagian cerimin dan ‘tiang-C’nya untuk digantikan dengan bahagian ‘bed‘ belakang yang dipinjam dari model Ford Ranger.

Kombinasi antara dua model ini berganding dengan cukup baik, sekali gus memberikan visual trak pikap yang kelihatan seimbang dari arah hadapan, mahupun dari belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bukan itu sahaja, Theottle turut mengemaskini wajah Aruz sedia ada dengan menyuntik beberapa elemen rekaan yang ada pada model Alza generasi baharu,

Bahagian lengkung tayar Aruz pikap ini juga nampak ‘lebih berotot’ dan ditambah pula dengan pelapik berwarna hitam bagi menyerlahkan lagi sisi ‘off-road‘nya.

Rekaan belakang Aruz pikap ini juga nampak kemas dan ringkas dengan susun atur lampu belakang jenis menegak dan pintu belakang dengan kemasan pelapik yang dihiasi tulisan Aruz di tengah-tengah.

Apa pendapat anda mengenai Perodua Aruz versi pikap ini? Anda boleh menyaksikan video pembikinannya di bahagian atas artikel.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply