Salam @PDRMsia
VFN8112 Toyota Vios Putih Samseng Jalanan ⚠️ pic.twitter.com/9eegB3SCrY
— CEO OF EXPOSE (@druglordfxdl) February 25, 2024
“Sudahlah memandu di lorong kecemasan. Selepas dihalang kenderaan lain, ajak bergaduh pula,” Begitulah kata seorang lelaki di dalam sebuah video berdurasi 50 saat yang tular di aplikasi X, hari ini.
Menurut hantaran Ceo Of Expose, pemandu Toyota Vios di dalam video tersebut difahamkan telah menggunakan lorong kecemasan ketika jalan raya sedang sesak dan dipenuhi kenderaan lain.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Bagaimanapun, pemandu tersebut berang dan mula menghimpit kenderaan lain setelah laluannya dihalang oleh pengguna jalan raya.
“Sebab itulah abang yang bawa Proton Saga halang kenderaan tersebut. Padahal, pihak lebuh raya tidak membuka sebarang lorong ‘SmartLane’ pada waktu itu.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Sudah cukup lorong yang ada cuma jalan sedikit sesak. Tetapi, sebab tidak sabar, sanggup guna lorong kecemasan,” jelasnya.
Berdasarkan video tersebut, kejadian dipercayai berlaku sekitar kawasan Pedas-Linggi di Lebuh Raya Utara-Selatan. “Saya harap pihak polis boleh ambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu sebegini,” katanya dalam video sama.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 2,100 tanda suka dan 288,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI