ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Apa maksud Petrol E5, E10 dan Diesel B7, B10, B20? Apa kesannya kepada kereta anda?

Info

Views

Pernah tak semasa sedang mengisi bahan bakar kenderaan anda membaca tulisan yang tertera di pam? Adakah anda pernah terfikir apakah maksud Petrol E5, E10 & Diesel B7, B10, B20?

Sahabat kami Dr Aid Fawzal menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Facebooknya sudi berkongsi satu informasi berkaitan perkara tersebut dengan anda.

Menurut Aid, secara ringkasnya, ini adalah gred minyak bahan bakar (fuel) yang mana:

  • ‘E’ pada petrol adalah ETHANOL (alkohol), manakala,
  • ‘B’ pada diesel adalah BIODIESEL.

Nombor selepasnya pula adalah nilai peratusan campuran. Sebagai contoh 5 maksudnya 5 peratus, 7 maksudnya 7 peratus dan seterusnya. Kedua-dua bahan tersebut adalah ‘biocomponent‘ maksudnya ia berasaskan bahan biologi seperti tumbuh-tumbuhan.

Apa kelebihan bahan bakar biologi (bio-fuel)?

Kegunaan bahan bakar biologi (bio-fuel) ini dapat mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida (CO2). Pengurangan ini bukan hanya sewaktu bahan bakar ini digunakan, tetapi juga sewaktu penghasilan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Apa kekurangannya?

Bahan bakar ini mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah berbanding kembarnya yang datang daripada sumber petroleum. Sebagai contoh, diesel daripada sumber petroleum mempunyai nilai kalori sebanyak 46.1 MJ/kg berbanding kembar bio-fuel penuh (B100) dengan 38.1 MJ/kg.

Disebabkan Diesel B10 dan B20 adalah campuran kedua-dua bahan petroleum dengan komponen-bio, nilai kalorinya berada di tengah-tengah iaitu sebanyak 45.2MJ/kg dan 44.62MJ/kg.

Dalam bahasa mudah, lebih banyak kandungan bio-fuel, lebih rendah kalori atau tenaganya. Ini samalah untuk minyak petrol antara yang berasaskan petroleum sepenuhnya atau campuran.

Apa kesannya kepada kereta kita?

Diesel B7, B10 dan B20

Di Malaysia, kebanyakan stesen minyak menawarkan diesel pada gred D10. Hanya sebahagian stesen telah mula menjual B20, manakala di UK, hanya B6 sahaja dijual.

Disebabkan minyak B20 mempunyai nilai tenaga yang rendah, penggunaan bahan bakar (fuel consumption) B20 akan lebih berbanding B10.

Selain itu, anda tidak perlu risau tentang jangka hayat enjin anda kerana komponen-bio yang ada di dalamnya adalah berasaskan minyak sayuran.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Ini tidak sama dengan perihal E5 & E10

Di Malaysia, kita masih gunakan petrol sejati/tulen. Tetapi di UK, mereka kini telah mengubah gred kepada E10 untuk RON95. Isunya bukan semua kenderaan boleh menerima adalah kehadiran ethanol dalam minyak petrol. Kereta-kereta yang dihasilkan sebelum tahun 2011 tidak bersedia untuk menggunakan minyak ini.

Ini kerana:

  • Ethanol ni bersifat miscible (kebolehcampuran) dengan air (H2O) (gambar 2). Air akan berada di dalam sistem bahan bakar kereta dan boleh menyebabkan karat.
  • Ethanol ‘tidak serasi’ dengan sesetengah plastik dan getah. Dalam sistem bahan bakar kereta sebelum 2011, plastik dan getah yang digunakan ‘tidak alah’ kepada ethanol.
  • Sekiranya enjin kereta/motorsikal lama menggunakan karburetor, ada kemungkinan pelampung (float) karburetor ‘terhakis’.
  • Ethanol dan air mengundang pembiakan bakteria yang dipanggil ‘Acetobacter Aceti‘. Bakteria ini mengubah ethanol menjadi asid asetik.
  • Ini akan membuatkan pH bahan bakar berubah dan menghakis.

Kesimpulannya, manusia mencari bahan bakar alternatif untuk cuba mengurangkan perlepasan gas-gas beracun. Walaubagaimanapun, usaha ini tidak lah semudah yang disangka. Ia memerlukan pengorbanan.

Untuk diesel, tiada masalah yang timbul. Namun untuk petrol, ia tidak sesuai untuk kereta dengan teknologi lama. Jika suatu hari nanti Malaysia akan mengikut jejak langkah Eropah, adakah kita bersedia dengan perubahan ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply