ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Betul ke kalau isi minyak terlampau penuh pam minyak boleh rosak?

Info

Views

Mungkin ramai di antara kita yang masih tertanya-tanya mengenai perkara ini kan? Betul ke kalau kita  isi minyak terlampau penuh boleh rosakkan pam minyak?

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook sahabat kami Dr Aid Fawzal, jawapan ringkasnya adalah TIDAK kerana komponen yang mungkin terjejas adalah kanister wap/arang (vapour/charcoal canister).

Berikut adalah huraiannya yang lebih terperinci.

Apa yang terjadi apabila mengisi minyak penuh?

Semasa mengisi minyak, muncung pam minyak akan dimasukkan ke dalam corong pengisian dan picu akan ditarik untuk memasukkan minyak ke dalam tangki.

Apabila minyak mulai penuh, ia akan melalui vapour return hose dan datang kembali berdekatan dengan corong pengisian. Lebihan minyak yang keluar dari corong pengisian akan menutup muncung pam minyak dan menyebabkannya ‘menendang’.

Ada beberapa jenis muncung pam minyak dengan kedudukan lubang yang berbeza, namun prinsipnya adalah sama, menggunakan konsep ‘venturi effect‘.

Apabila lubang ini tertutup oleh minyak daripada tangki, ia akan meningkatkan tekanan dan menyekat aliran yang keluar daripada muncung, lalu pam terus berhenti.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Adakah benar tangki kenderaan perlukan 2 peratus ruang pengembangan?

Ini tidak benar kerana tangki minyak kenderaan ada aliran angin masuk-keluar padanya. Angin akan masuk ke dalam tangki melalui lubang isian tu. Sebab itu penutup corong pengisian ini ‘istimewa’. Ia menutup laluan cecair, tapi benarkan angin utk masuk.

Kedua, tangki kenderaan juga mempunyai Evaporative Emission Control System (biasa dipanggil pendek sebagai “EVAP” system). Sistem ini berfungsi untuk membantu apabila minyak tadi bertukar menjadi wap.

Sistem ini berfungsi untuk menapis wap minyak dan menggunakannya semula ke dalam enjin. Jika anda selalu isi minyak penuh, ada kemungkinan yang tinggi, minyak akan masuk ke dalam sistem ini dan mengisi kanister wap/arang.

Jika ini berlaku, lampu amaran (check engine) akan menyala dan mungkin anda kena ganti kanister yang baharu.

Bagaimana pula jika minyak mengembang apabila cuaca panas?

Nilai pengembangan haba bagi petrol dan diesel adalah 0.00095 per degC dan 0.00083 per degC. Nilai ini sangat rendah jika diletakkan pada perubahan suhu di Malaysia.

Sebagai contoh:

Ahmad mengisi minyak keretanya 10 liter waktu malam dengan suhu 24degC dengan harga RM20.50. Pada waktu siang yang panas, suhu tangki naik ke 40degC. Minyak 10 liter yang Ahmad isi malam tadi menjadi 10.02 liter = RM20.53.

Jadi ia tidak banyak beza, sama seperti teori mengisi minyak di Genting Sempah. Perbezaan suhu sejuk di Genting Sempah dengan kawasan-kawasan lain tidak signifikan kerana tiada banyak perbezaan dari segi nilai isipadu.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Bolehkah minyak melimpah atas jalan raya melalui ‘overflow port‘?

Tidak boleh. Minyak hanya boleh overflow atau melimpah melalui corong pengisian, atau sesetengah motosikal dan kenderaan lama mempunyai hos pernafasan (breather hose). Ini adalah laluan pernafasan tangki.

Isian penuh juga boleh melimpah melalui ini terutama sekali semasa mengambil selekoh. Ini merupakan aspek keselamatan dan pengeluar kenderaan tidak boleh membenarkan kenderaan keluaran mereka membuang limpahan minyak di atas jalan. Betul tak?

Adakah isi penuh boleh rosakkan pam minyak?

Tidak boleh. Sebaliknya, yang akan merosakkan pam minyak apabila selalu memandu kereta dalam keadaan minyak ‘reserved‘ atau bawah paras E (pada indikator meter minyak). Ini kerana pam minyak menggunakan minyak sebagai bahan penyejukan dan pelincir.

Pam minyak yang berjalan tanpa adanya aliran minyak akan mengakibatknnya panas dan komponen dalamnya haus. Selain tu, memandu dalam keadaan minyak ‘reserved‘ juga boleh merosakkan pam minyak disebabkan kotoran/enapan disedut ke dalam enjin.

Ini juga boleh menyebabkan penapis minyak dan penyuntik (injector) tersumbat. Jika kereta anda berenjin petrol, apabila kehabisan minyak, anda boleh mengisi minyak dan meneruskan perjalanan.

Tetapi, jangan lakukan perkara ini untuk kenderaan berenjin diesel. Jika kehabisan minyak, akan berlaku ‘air lock‘ dan mekanik perlu menyedut diesel untuk memenuhkan sistem minyak sebelum boleh memulakan semula perjalanan.

Semoga informasi ini memberi manfaat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply