ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Perlumbaan malam bakal hangatkan aksi pusingan akhir Vios Challenge di Litar Sepang

Sukan Permotoran

Views

Hujung minggu ini (20-21 November) bakal berlangsungnya Festival TOYOTA GAZOO Racing dan pusingan akhir Vios Challenge Musim Ke-4 di Litar Antarabangsa Sepang. Buat julung kalinya kesemua aksi perlumbaan akan dilangsungkan pada sebelah malam!

Persaingan bagi merebut kejuaraan masih lagi terbuka kerana tiada pelumba yang jelas mendahului di hadapan selepas dua pusingan atau empat perlumbaan sebelum ini.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K berkata, Musim Ke-4 adalah yang paling mencabar ekoran wabak Covid-19, sekali gus memberi kesan kepada prestasi pasukan dan pelumba.

Untuk saingan kali ini, hanya tetamu dan petugas penting yang dibenarkan masuk dan perlumbaan disiarkan secara langsung secara dalam talian kepada para peminat. Pelumba Pasukan M7 Japan Project, Syafiq Ali berada di landasan terbaik untuk menjuarai kelas Super Sporting dengan 55 mata setakat ini.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Bagi kategori Sporting, Adam Khalid dari Crestmax Motorspot mendahului secara keseluruhan dengan 53 mata, 10 mata di depan pelumba persendirian, Eric Yong yang mengutip 43 mata.

Pelakon Zizan Razak dan Shukri Yahaya, yang masing-masing menang dua perlumbaan sebelum ini, hanya dipisahkan dengan satu mata untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas Promotional.

Persaingan kelas Rookie setakat ini dikuasai pelumba simulator, Naquib Azlan yang menang tiga daripada empat perlumbaan, menjadikannya jauh mendahului di depan dengan 74 mata. Selepas pusingan akhir Vios Challenge hujung minggu ini, TOYOTA GAZOO Racing Malaysia juga akan turut menyertai perlumbaan 1000KM Sepang (S1K).

Ini termasuklah dua buah kereta bagi kategori kelas MTC Production dan SP2 Production, dan pada masa sama menganjurkan Piala Vios Enduro yang julung kali diadakan, untuk pelumba persendirian dan pasukan pengedar yang bersaing dalam SP2 Production.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Akio Takeyama, Tengku Djan Ley yang juga duta GAZOO Racing Malaysia serta pelumba Rookie, Naquib akan bersaing dalam kategori MTC Production. SP2 Production pula akan menyaksikan dua pelumba rookie, Jwan dan Mika bergabung dengan pelakon, Zizan Razak yang juga pelumba kelas Promotional.

Piala Vios Enduro menawarkan hadiah utama berjumlah RM10,000.00 bagi pelumba persendirian dan pasukan pengedar, manakala naib juara dan tempat ketiga bakal mendapat RM8,000 dan RM6,000. Wang tunai sebanyak RM4,000 dan RM2,000 pula buat pelumba di tempat keempat dan kelima.

Perlumbaan 1,000 km dijangka memakan masa sembilan jam dengan 181 pusingan Litar Antarabangsa Sepang.
Sepanjang 11 tahun perlumbaan ini diadakan, dari 2009 hingga 2019, Toyota telah menang dua kali menerusi penyertaan persendirian dengan kereta model AE86 pada 2010 dan Corolla Altis pada 2011.

Keseluruhan aksi akhir Pusingan 3 Vios Challenge akan disiarkan secara langsung di laman www.toyota.com.my serta di laman Facebook Toyota Malaysia dan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply