ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Ini 9 cara untuk elak terlupa anak di dalam kereta

Info

Views

Sejak kebelakangan ini, acap kali kita mendengar berita berkenaan kes terlupa atau tertinggal anak di dalam kereta sehingga telah mengakibatkan kehilangan nyawa ‘si kecil’ itu.

Oleh yang demikian, Jabatan Penerangan Malaysia menerusi akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan risalah sebagai panduan buat ibubapa atau penjaga mereka.

Anda boleh lakukan 9 cara seperti berikut:

Letak anak di bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan

Jangan letak kerusi keselamatan kanak-kanak di bahagian belakang tempat duduk pemandu kerana kedudukan itu adalah titik buta buat pemandu.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Periksa bahagian kabin sebelum mengunci kenderaan

Sentiasa pastikan ruang kabin diperiksa, termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan juga belakang sebelum mengunci kenderaan. Jadikan ia sebagai amalan!

Letak patung permainan anak di tempat duduk penumpang hadapan

Anda disarankan untuk tinggalkan patung permainan di kerusi keselamatan kanak-kanak. Semasa anda ingin meletakkan anak anda di kerusi tersebut, pindahkan patung berkenaan ke tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang bersaiz besar dan berwarna terang sebagai peringatan bahawa anak anda berada di bahagian belakang.

Letak beg susu atau atau barang anak di tempat duduk penumpang hadapan

Jika anda membawa bersama beg susu anak, sentiasa letakkannya di bahagian hadapan. Ia sama seperti cara ketiga, sebagai peringatan bahawa anak anda berada di kerusi keselamatan kanak-kanak di bahagian belakang.

Letakkan barang penting di bahagian belakang

Anda boleh meletakkan barangan penting, sebagai contoh beg, tag kerja atau kunci pejabat di ruang penumpang belakang.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Letakkan tag atau label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar

Tag ini menandakan yang anak anda berada di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dihasilkan sendiri  menggunakan barangan di rumah.

Beri pesanan kepada pihak sekolah atau pengasuh

Ibubapa boleh meninggalkan pesanan supaya pihak sekolah atau pengasuh membuat panggilan telefon sekiranya anak tidak tiba di sekolah atau rumah asuhan pada masa yang ditetapkan. Anda juga boleh berpesan kepada pasangan untuk mengingatkan anda, terutama berlaku pertukaran rutin menghantar anak.

Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda 

Anda boleh menggunakan peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda berada di dalam kereta. Sebagai contoh, ChildMinder Softclip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Hidupkan aturan Child Reminder dalam aplikasi navigasi Waze

Bagi pengguna aplikasi navigasi Waze, anda boleh memilih untuk menghidupkan aturan Child Reminder (Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder).

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply