ARKIB

KATEGORI

Info

RISIK: Proton X70 MC2 bakal ada empat varian – Dengar cerita dah mula penggambaran iklan, betul ke?

Info

Views

Walaupun lagi seminggu nak Raya, ejen perisik Mat Bond kembali dengan membawa info-info mutakhir mengenai model Proton X70 MC2.

Imej janaan gigital dari Theottle

Kata Mat Bond, X70 MC2 bakal ditawarkan dengan empat pilihan varian. Berikut adalah senarai varian yang bakal ditawarkan:

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Premium X

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambah Mat Bond, ada enam pilihan warna yang bakal ditawarkan, antaranya:

  • Snow White
  • Jet Grey
  • Space Grey
  • Armour Silver
  • Deep Marine Blue
  • Ruby Red
Imej janaan gigital dari Theottle

Seperti yang kita sedia maklum, X70 MC2 bakal merima rekaan jeriji baharu bermotifkan elemen busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” dengan butiran berlian seperti yang ada pada model X90 dan S70.

Jeriji baharu tersebut juga mirip versi kembarnya, iaitu Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, lampu belakangnya masih lagi mengekalkan unit yang sama seperti versi sedia ada, hanya rekaan bampar yang sedikit berubah.

Difahamkan juga, rekaan papan pemukanya masih lagi mengekalkan bentuk sedia ada dengan unit inforia serba baharu yang berkemungkinan ada ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Foto intip kredit Gan Bock Khim

Mat Bond berkata, X70 MC2 kini berada di fasa pra pengeluaran dan ia dijangka beralih ke fasa pengeluaran massa selepas Hari Raya nanti.

Apa yang menarik, Mat Bond mendengar ura-ura yang mengatakan X70 MC2 sedang menjalani sesi fotografi dan penggambaran iklan komersial.

Ia seolah-olah memberi petanda awal yang pelancaran X70 MC2 kian hampir dan akan dibuat dalam tempoh yang terdekat. Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply