ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Pasang turbo bukan sekadar boleh ‘jimat bahan bakar’ – Dr Aid Fawzal

Info

Views

Kami yakin ramai yang akan suka dengan topik ini. Sahabat kami Dr Aid Fawzal yang kini berada di Middlesbrough, UK telah menerima satu pertanyaan daripada pengikut laman Facebook rasminya berkenaan perkara ini.

Menurutnya, penggunaan turbo pada enjin ini selalu dilihat sebagai ‘alat penambah prestasi‘ dan pandangan ini tidak lengkap. Sebaliknya, penggunaan sebenar turbo dan supercharger (induksi paksaan = force induction) adalah langkah kepada pengecilan saiz enjin (engine downsizing).

Apa itu ‘engine downsizing‘?

Ia merupakan satu konsep di mana sebuah kereta itu cuba bertukar daripada saiz enjin sebenar kepada saiz enjin yang lebih kecil. Kebiasanya enjin yang lebih kecil ni lebih rendak kuasanya. Jadi untuk menampung kekurangan ini, induksi paksaan digunakan.

Kelebihannya adalah:

  • Kurang penggunaan bahan bakar
  • Kurang pelepasan gas CO2
  • Meningkatkan prestasi enjin

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Mari kita huraikannya dengan lebih terperinci.

Kurang penggunaan bahan bakar

Apabila saiz enjin kecil, penggunaan bahan api juga kecil. Sebagai contoh, Ford Fiesta MK6 kerana model ini turut ditawarkan dalam versi enjin besar dan enjin kecil.

  • 1.6 Duratec TI VCT = 4.91L/100km
  • 1.0 Ecoboost ZTEC = 3.58L/100km

Perbezaan 1.33L/100km.

Kurang perlepasan gas CO2

Apabila penggunaan bahan bakar rendah, pelepasan gas CO2 juga rendah. Sebagai contoh, Ford Fiesta MK6.

• Enjin 1.6 Duratec TI VCT = 138g/km
• Enjin 1.0 Ecoboost ZTEC = 99g/km

Perbezaan 39g/km.

Meningkatkan prestasi enjin

Yang ini agak rumit. Konsep asas adalah, “no replacement for displacement“. Kapasiti kubik (cc) besar akan memberikan lebih kuasa. Namun, apabila enjin di’turbo’kan, kecekapan enjin dapat ditingkatkan. Inilah yang menyebabkan peningkatan kuasa .

Kecekapan enjin bermaksud kebolehan enjin untuk mengekstrak tenaga kimia dalam minyak bahan api untuk ditukarkan kepada tenaga mekanikal. Sekali lagi kita ambil Ford Fiesta MK6 sebagai contoh.

  • Enjin 1.6 Duratec TI VCT = 118 kuasa kuda
  • Enjin 1.0 Ecoboost ZTEC = 123 kuasa kuda

Perbezaan 25 kuasa kuda.

Sebab itulah Perodua Ativa didatangkan dengan enjin 1.0L (1KR-VET) 98 kuasa kuda dengan 140Nm daya kilas. Untuk kereta-kereta jenis SUV segmen-B, kita tidak melihat kuasa, tetapi kita melihat pada daya kilas enjin. Perbezaan dengan Perodua Kembara 1.3 (K3-VE) 86 kuasa kuda dengan 120Nm daya kilas.

Kesimpulan:

Dengan penggunaan turbo, saiz enjin boleh dikepilkan untuk kegunaan berat/saiz badan kereta yang sama. Ini kerana tahap prestasi enjin yang kecil itu boleh setara atau lebih daripada enjin yang lebih besar tanpa sistem turbo.

Selain itu, bukan hanya prestasi meningkat, tetapi ia juga dapat mengurangkan perlepasan gas CO2 dan juga menjimatkan penggunaan bahan bakar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motor Authority

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply