ARKIB

KATEGORI

Info

INFO : Pengatup Jeriji Aktif bantu kurangkan seretan penyejukan

Info

Views

Kali ini kami nak kongsi satu lagi informasi berkenaan dengan aerodinamik kenderaan yang telah dimuat naik ke akaun Facebook rakan kami, Dr Aid Fawzal di Middlesbrough, UK.

Ramai yang tidak tahu sebenarnya, daya seretan (drag force) pada sesebuah kereta bukan hanya dipengaruhi oleh rupa bentuk luaran sahaja. Tetapi ia turut dipengaruhi oleh laluan angin yang masuk ke dalam ruangan enjin.

Ini dipanggil seretan penyejukan (cooling drag). Jadi, untuk mengurangkan seretan penyejukan, pengeluar kereta masa kini memperkenalkan Pengatup Jeriji Aktif (Active Grille Shutter).

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jeriji depan kereta kebiasaannya terbuka luas dan bukaan yang luas ini sebenarnya tidak bagus untuk setiap keadaan. Cuba anda bayangkan jeriji depan kereta boleh dibuka dan ditutup ikut kesesuaian.

Jadi kereta itu dapat mengurangkan data seretnya yang mana akan memberi impak kepada pengurangan pengunaan bahan api dan pengurangan pelepasan gas beracun.

Jeriji ini akan dibuka dan ditutup mengikut keperluan sistem penyejukan, contohnya:

  • Ditutup semasa enjin mula dinyalakan. Dengan ini, enjin lebih cepat untuk mencapai suhu bekerja (working temperature) yang optimum.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

  • Dibuka sepenuhnya ketika pada kelajuan rendah bagi memastikan angin/udara dapat masuk bagi menyejukkan radiator/intercooler.
  • Dibuka separa pada kelajuan tinggi.
  • Ditutup sepenuhnya pada kelajuan yang malar (constant).

Sistemnya bergantung kepada banyak input selain halaju kereta seperti beban (load), RPM, suhu enjin dan suhu persekitaran. Cuba anda lihat, ada tak fungsi ini pada kereta anda?

Mungkin fungsi ini tiada jika anda membeli kereta untuk pasaran tempatan sahaja. Namun, jika anda menggunakan kereta import, ia mungkin ada. Anda boleh melihat contoh Pengatup Jeriji Aktif dalam foto di bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply