Geely telah memaparkan imej rasmi model sedan generasi keempat Geely Emgrand (SS11) facelift untuk tahun 2025 pada 21 Jun lalu. Ia dijangka memasuki pasaran pada akhir bulan ini.
Sejak dilancarkan pada 2009, Emgrand telah mencatat jualan kumulatif global mencecah 3.86 juta unit setakat 3 Jun lalu dan model sedan ini telah memasuki pasaran di 13 buah negara.
Diletakkan sebagai sedan kompak, saiznya masih kekal dengan dimensi 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,650 mm.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Kembarnya kepada Proton S70 ini akan ditawarkan dengan lima rekaan rim dengan tiga saiz yang berbeza, 15 inci, 16 inci, dan 17 inci, selain kamera, radar dan bumbung suria.
Meskipun ia dikategorikan sebagai model facelift, namun ia masih mengekalkan hampir keseluruhan penampilan luarannya, kecuali bentuk jeriji ‘gaya air-terjun’ yang merangkumi 16 jejalur menegak kemasan krom dan lampu belakang lutsinar.
Logo Geely di bahagian tengah jeriji telah digantikan dengan rekaan logo baharu dengan kemasan perak dan kemasan berbentuk-L pada sisi kiri dan kanan bampar depan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Model ini masih mengekalkan enjin empat-silinder 1.5-liter aspirasi alami (BHE15-AFD) yang menghasilkan output maksimum 127 kuasa kuda. Rekaan kabinnya juga tidak banyak mengalami perubahan, hanya perbezaan dari rona warna, iatu kombinasi hitam dan perang keemasan.
Sebagai rujukan, model semasa Emgrand dilengkapi dengan panel instrumen LCD penuh bersaiz 2.3-inci, paparan inforia jenis terapung bersaiz 12.3-inci (dengan sistem operasi Geely Galaxy OS terbina dalam) dan stereng berbentuk-D.
Adakah kembarnya, Proton S70 facelift nanti akan ‘melakukan perubahan kosmetik yang minima’ seperti Emgrand (SS11) facelift 2025? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto asal kredit Geely Weibo dan Sohu.com
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI