ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sanggup bakar Bentley untuk buat tuntutan palsu insurans bayar hutang ‘Ah Long’

Berita Tempatan

Views

Akibat menanggung hutang ‘Ah Long’ mencecah setengah juta, dua rakan bertindak membakar tiga buah kenderaan milik mereka untuk membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000, minggu lalu.

K! ONLINE melaporkan, taktik dua lelaki berusia 36 tahun itu dapat dihidu pihak polis sebelum diberkas di sekitar Bandar Melaka pada 13 dan 14 September lalu.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, suspek pertama membuat laporan pada 13 September mendakwa kereta jenis Bentley Continental GT(A) miliknya telah terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam.

Polis kemudian menerima dua lagi laporan daripada individu lain mengenai kejadian kebakaran kereta jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent. Apabila polis pergi ke lokasi, pihaknya mendapati ada keraguan berhubung kejadian itu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pengadu pertama ditahan pada pukul 5.30 petang pada hari sama manakala rakannya ditahan keesokkan harinya.

Kedua-dua suspek dipercayai telah membakar kenderaan itu untuk membuat tuntutan insurans dan merancangnya sejak tiga bulan lalu.

Kes ini juga adalah yang pertama membabitkan modus operandi membakar kenderaan sendiri untuk membuat tuntutan insurans.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Melaka

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply